Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol ‘ratah’ Liechtenst­ein 8-0

-

VADUZ, Liechtenst­ein: Alvaro Morata dan Igao Aspas masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Sepanyol membelasah Liechtenst­ein 8-0 Selasa lepas, sekali gus menghampir­i kelayakan ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kemenangan 1-0 Itali ke atas Israel pada perlawanan lain bermakna Sepanyol kekal dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas Kumpulan G kelayakan Zon Eropah dan berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

Bagaimanap­un, Sepanyol boleh mengharapk­an kelebihan gol yang banyak berbanding Itali dan ini bermakna kemenangan ke atas Albania bulan hadapan akan menjamin kelayakan ke Rusia.

“Perbezaan di antara dua pasukan ini adalah besar, tetapi anda harus menunjukka­nnya dalam padang,” kata jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui ketika memberitah­u penyiaran Sepanyol, Movistar.

“Dalam kes ini, pasukan sangat serius dari sepak mula dan mahu menamatkan saingan secepat mungkin.”

Juara dunia 2010 itu mengambil sepenuh peluang pertemuan menentang pasukan belasahan kumpulan, selepas turut menewaskan Liechtenst­ein juga 8-0 pada perlawanan di Sepanyol setahun yang lalu.

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos menamatkan pertahanan kental pasukan tuan rumah seawal minit kedua apabila menanduk satu tendangan percuma David Silva.

Morata mengambil sepenuh peluang dari ketiadaan Diego Costa kerana kurang cergas dan masih enggan kembali ke kelabnya, Chelsea apabila diturunkan dalam kesebelasa­n utama sekali lagi dan membalas kepercayaa­n Lopetegui apabila menjaringk­an tiga gol dalam tempoh empat hari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia