Utusan Borneo (Sarawak)

Venus berdepan Stephens di separuh akhir Terbuka AS

Kembali ke senarai lima pemain terbaik wanita dunia buat kali pertama sejak Jan 2011 selepas atasi Kvitova 6-3, 3-6 dan 7-6(7/2)

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Pemain veteran tuan rumah, Venus Williams, menjadi pemain paling tua yang melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka AS pada usia 37 tahun selepas menewaskan Petra Kvitova dari Republik Czech, 6-3, 3-6 dan 7-6(7/2).

Williams, yang diletakkan pilihan kesembilan kejohanan, memburu kejuaraan ketiga beliau di Terbuka AS dan akan menempah rakan senegarany­a, Sloane Stephens, pemain ranking ke-83 dunia.

Stephens, yang tidak beraksi selama 11 bulan kerana kecederaan kaki dan hanya kembali beraksi di Wimbledon, menyamai pencapaian terbaik beliau pada kejohanan Grand Slam apabila menewaskan pilihan ke-16 dari Latvia, Anastasija Sevastova 63, 3-6 dan 7-6(7/4).

Williams memperbaik­i rekod menentang Kvitova, pemain pilihan ke-13 kejohanan dengan 2-4 dan akan kembali ke senarai lima pemain terbaik wanita dunia buat kali pertama sejak Januari 2011.

“Saya berasa sangat bertuah kerana memenangi perlawanan ini. Ia adalah perlawanan yang sangat sengit,” kata Williams. “Saya cuba untuk memberitah­u diri saya untuk menikmati pertanding­an dan memikirkan saya akan dapat melakukann­ya.”

Williams, pemain tertua yang melangkah ke separuh akhir kejohanan Grand Slam semenjak Martina Navratilov­a di Wimbledon pada 1994, memenangi kejohanan Terbuka AS pada 2000 dan 2001.

Beliau muncul naib juara di Wimbledon dan Terbuka Australia tahun ini dan boleh melangkah ke final ketiga kejohanan Grand Slam tahun ini, kali pertama ia berlaku sejak 2002.

Kvitova kembali beraksi selepas lima bulan berehat kerana kecederaan serius ketika berlaku satu kejadian pecah rumah pada bulan pada bulan Disember.

Dalam bahagian lelaki, pilihan ke-12 dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta, melangkah ke peringkat separuh akhir pertama beliau dalam kejo- hanan Grand Slam dan belum tewas satu set pun apabila menewaskan pilihan ke-29, Diego Schartzman dari Argentina 6-4, 6-4 dan 6-2.

Carreno Busta, pemain pertama berdepan empat pemain kelayakan dalam mana-mana kejohanan Grand Slam, akan menentang pemenang di antara Kevin Anderson dari Afrika Selatan atau Sam Querrey dari AS.

“Luar biasa,” kata Carreno Busta. “Ia sesuatu yang saya sentiasa impikan tetapi sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan apabila tiba di sini. Ia satu perasaan yang hebat.” — AFP

Saya berasa sangat bertuah kerana memenangi perlawanan ini. Ia adalah perlawanan yang sangat sengit.

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Venus mempamerka­n aksi bertenaga ketika menentang Kvitova pada kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Selasa lepas.
— Gambar AFP TANGKAS: Venus mempamerka­n aksi bertenaga ketika menentang Kvitova pada kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia