Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan lewat Wood bantu AS ikat Honduras di San Pedro

-

SAN PEDRO SULA, Honduras: Bobby Wood menjaringk­an gol penyamaan lewat 1- 1 untuk Amerika Syarikat ( AS) ketika menentang Honduras pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Utara di sini Selasa lepas.

Wood menj a r ingka n gol pada minit ke- 85, 12 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menyelamat AS dari kekalahan pada perlawanan di Stadium Olimpico Met- ropolitano.

Keputusan itu bermakna skuad kendalian Bruce Arena masih mempunyai peluang untuk ke Piala Dunia, dengan perlawanan menentang Panama di tempat sendiri sebelum bertandang ke Trinidad dan Tobago bulan hadapan.

Jika AS memenangi dua perlawanan itu, mereka akan dijamin ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

“Ia mata yang amat berharga buat AS,” kata Arena. “Saya benar- benar bangga dengan pasukan kami,” tambah beliau.

Arena menegaskan pasukan yang diturunkan bukan untuk mendapatka­n keputusan seri – dan menambah laluan AS ke Rusia masih jauh dari mudah.

“Kami tidak datang untuk mendapatka­n satu mata. Kami ketinggala­n dan cuba untuk bangkit. Pasukan ini selayaknya menerima pujian kerana mendapatka­n satu mata,” kata beliau.

“Pintu ke Rusia masih belum dibuka lagi. Ada banyak lagi yang perlu dilakukan.”

Ia keputusan melegakan buat AS, yang tewas kepada Costa Rica minggu lepas dan tidak mampu untuk satu lagi kekalahan.

Arena melakukan tujuh pertukaran dari skuad yang tewas kepada Costa Rica tetapi tindakan beliau kelihatan membawa padah.

AS mempunyai peluang awal tetapi umpanan Clint Dempsey kepada Jordan Morris gagal disempurna­kan dengan baik.

Honduras juga mempunyai peluang awal tetapi rembatanny­a ditepis penjaga gol AS, Brad Guzan pada minit ke- 23.

Cubaan Elis membangkit­kan semangat pemain Honduras dan tidak lama selepas itu, kealpaan benteng pertahanan AS membolehka­n Alexander Lopez mengumpan bola kepada Romell Quioto untuk menjaringk­an gol.

Peluang terbaik AS untuk mengikat kedudukan sebelum rehat ialah apabila Christian Pulisic, yang berganding­an dengan Morris, melihat rembatanny­a ditepis penjaga gol tuan rumah.

Dalam separuh masa kedua, AS hampir ketinggala­n dua gol apabila cubaan Lopez pada minit ke- 61 ditepis Guzan dan satu lagi cubaan Anthony Lozano menggegar palang gol.

Ketika Honduras membayangk­an tiga mata penuh, AS memperoleh­i satu tendangan percuma, lima minit sebelum tamat permainan.

Kellyn Acosta melihat tendangan percuma beliau terkena palang tetapi Wood berada di kedudukan tepat untuk menolak bola muntah untuk gol penyamaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia