Utusan Borneo (Sarawak)

Masuk percuma saksi Kuching FA lawan UKM FC, 19 September

-

KUCHING: Be r - i t a gembi r a bua t penyokong skua d Kuching FA apabila pengurusan pasukan itu bersetuju untuk tidak mengenakan tiket bagi menyaksika­n perlawanan suku akhir Piala FAM 2017 menentang UKM FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 19 September ini.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman sambil menyeru penyokong tempatan hadir beramai-ramai memenuhi Stadium Negeri pada malam itu nanti (8.15 malam).

“Penonton tidak perlu membeli tiket untuk menyaksika­n perlawanan suku akhir pertama Piala FAM 2017 menentang UKM FC.

“Kemasukan adalah percuma dan saya berharap penyokong tempatan memberikan sokongan padu kepada pasukan Kuching FA,” ujar beliau semalam.

Fazzrudin berkata, pihaknya amat menghargai sokongan peminat selama ini dan diharap dan kebanjiran mereka ke gelanggang keramat pada perla- wanan penting itu kelak mampu menghadir tekanan kepada pasukan pelawat.

Tegasnya, Kuching FA amat memerlukan sokongan padu penyokong sebagai tonik untuk memastikan skuad itu berjaya meraih kemenangan berharga untuk dijadikan bekalan pada suku akhir kedua kelak.

Tambah beliau lagi, Kuching FA bukan sahaja memerlukan kemenangan pada perlawanan itu malah dengan bekalan gol selesa.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsun­g pada 26 September ini di Stadium UKM, Bangi.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia