Utusan Borneo (Sarawak)

Gembleng tenaga, idea tingkat mutu sukan sepak takraw, kata Abang Khalid

-

KUCHING: Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching Dato’ Sri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki menyeru Exco baharu persatuan itu untuk menggemble­ng tenaga dan idea bagi menaikkan mutu sukan sepak takraw.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) menegaskan kepada Exco persatuan itu juga harus bersedia menerima kritikan membina demi memastikan sepak takraw di Sarawak terus berkembang.

“Saya harap Exco baharu yang dibawa masuk dalam Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching akan membantu kita memajukan lagi sukan ini di Kuching dan Sarawak khasnya.

“Justeru, saya menyeru barisan Exco baharu persatuan agar bekerjasam­a dengan saya memikirkan idea bernas yang dapat membantu membawa sepak takraw kita ke tahap yang lebih baik lagi,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Abang Khalid dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu bagi sesi 2017-2019 yang diadakan baru-baru ini.

Turut kekal jawatan Timbalan Presiden yang disandang Datuk Abang Ismail Abang Saufi.

Jawatan Setiausaha digalas Hasweera Hassan manakala Timbalan Setiausaha disandang Ahmad Osman.

Jafry Idris kekal selaku Bendahari sambil dibantu Ibrahim Saufi selaku Penolong Bendahari dan Radin Azhar sebagai publisiti.

Manakala 10 individu dilantik sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK).

Mengenai perancanga­n Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching, Abang Khalid berkata pihaknya akan menganjurk­an pertanding­an sepak takraw Piala Presiden yang dijangka diadakan pada November depan.

Sebelum itu, beliau menjelaska­n PSS akan menganjurk­an Pertanding­an Sepak Takraw Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah) pada Oktober depan di Kuching. KUCHING: Atlet bina badan negara kelahiran Sarawak, Buda Anchah mengintai sekurang- kurangnya satu pingat pada Kejohanan Bina Badan Dunia yang akan diadakan di Mongolia pada bulan depan.

Menurut atlet berusia 44 tahun itu, berdasarka­n kepada prestasiny­a pada Kejohanan Badan Cantik dan Bina Badan Asian ke-51 di Korea Selatan pada bulan lepas, beliau optimis mampu meraih pingat pada temasya berprestij itu.

Pada kejohanan tersebut, Buda meraih perak dalam kategori ‘lightweigh­t’ (70kg) dan gangsa dalam kategori Masters.

Beliau salah seorang daripada atlet Sarawak yang turut serta pada kejohanan tersebut.

Dua lagi atlet negeri ialah Dr Malvern Abdullah yang menggondol emas kategori ‘flyweight’ (60kg) dan Awang Mohd Azizul Ghani yang meraih gangsa kategori ‘welterweig­ht’ (75kg).

“Sudah tentu, saya mensasarka­n pingat emas namun jika saya memenangi perak atau gangsa, ia sudah memadai.

“Saya sedar saya akan ber- saing dengan atlet terbaik di dunia di Mongolia,” katanya semalam.

Buda berasal dari Sri Aman sedang menjalani latihan intensif di Kuching untuk menghadapi kejohanan tersebut.

 ??  ?? BUDA
BUDA
 ??  ?? KAMI JUARA: Jokelin Belalan (empat kiri) merakamkan kenangan bersama pemenang-pemenang lain seteleh dinobatkan sebagai juara Lumba Salui Lukut.
KAMI JUARA: Jokelin Belalan (empat kiri) merakamkan kenangan bersama pemenang-pemenang lain seteleh dinobatkan sebagai juara Lumba Salui Lukut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia