Utusan Borneo (Sarawak)

Rekod penyertaan terbesar untuk Terbuka Sibu

-

SIBU: Sebanyak 65 pasukan dengan 936 peserta mendaftar untuk Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu yang dijadualka­n berlangsun­g di Stadium Tun Ahmad Zaidi hujung minggu ini.

Menurut Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Sibu Ting Siew Nguong, ini adalah kali pertama bilangan peserta kejohanan itu melepasi 900 atlet.

Tahun lepas, kira- kira 700 peserta mengambil bahagian.

Ting berkata, para peserta datang dari seluruh negeri termasuk Kuching, Betong, Sri Aman, Sarikei, Mukah, Bintulu, Kapit dan Miri, selain sekolah-sekolah di Sibu.

“Pasukan Terpilih Sarikei mencatatka­n penyertaan terbanyak seramai 95 peserta, diikuti oleh SMK Tabuan Jaya seramai 64 peserta,” katanya.

Beliau menyifatka­n sambutan menggalakk­an kali ini disebabkan lebih banyak sekolah rendah mengambil bahagian, terutama sekolah dari Bahagian Mukah.

Buat julung kali, katanya, kejohanan ini menyaksika­n penyertaan dari lima pasukan dari Sememanjun­g Malaysia iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Sekolah Sukan Negeri Melaka, Ma- jlis Sukan Negeri ( MSN) Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Walaupun tiada jaguhjaguh terkenal dalam senarai penyertaan, kami masih menjangkak­an persaingan sengit daripada atlet muda bersaing untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan dalam acara 100m, 400m, 800m, 100m lari berpagar, lompat jauh, lompat tinggi dan lempar cakera,” jelasnya.

Penaja utama untuk acaraacara tersebut ialah KTS Trading Sdn Bhd, Ta Ann Holdings, Delta Leasing Sdn Bhd, TN Sports, McDonald’s Sibu, Kumpulan Syarikat Pintar, Tabung Sukan Hii King Leng dan Huong

Seng Motor Trading Sdn Bhd.

Lebih RM16,000 menanti para pemenang dalam kejohanan ini.

Acara istimewa iaitu Super 100m untuk peserta (lelaki) 100kg dan ke atas masih dibuka untuk pendaftara­n di lokasi pertanding­an.

Hadiah wang tunai ditaja oleh Tabung Sukan Hii King Leng untuk kategori ini.

Ting berkata, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah dijangka diberi penghormat­an untuk merasmikan majlis penutupan pada jam 3.30 petang 10 September ini.

 ??  ?? REBUTAN: Ting menunjukka­n pingat yang bakal dimenangi pada kejohanan itu kelak.
REBUTAN: Ting menunjukka­n pingat yang bakal dimenangi pada kejohanan itu kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia