Utusan Borneo (Sarawak)

Jerih payah peneroka

- Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar BERGELAR WARIS CEMERLANG

guru agama dengan gaji kira-kira RM300 sebulan pada tahun 70-an boleh boleh dianggap berstatus tinggi dalam masyarakat, namun Hussin Jalani, 72, yakin kedudukan sosioekono­minya itu boleh ditambah baik sekiranya menyertai tanah rancangan FELDA.

Nekad meninggalk­an keselesaan hidup yang dinikmati, Hussin membawa isteri, Normah Abu Bakar, 62, serta dua anak mereka pada masa itu menyertai FELDA Lui Timur di Jelebu, Negeri Sembilan pada 1979, setahun selepas ia dibuka.

Nyata keputusann­ya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hussin adalah tepat kerana kini beliau meraih pendapatan purata sekitar RM4,000 sebulan menerusi ladang kelapa sawit seluas empat hektar yang diberikan FELDA.

“Kalau kita kembali kepada keadaan mulamula masuk ke tanah rancangan dahulu, setiap mereka yang masuk ke tanah rancangan sudahpun membuat satu pengorbana­n iaitu meninggalk­an kampung halaman dan orangorang yang dikasihi dengan matlamat untuk mengubah taraf hidup.

“Memang pada peringkat awal kami masuk suasananya agak daif dengan kami diberi sebuah rumah satu bilik tidur dan satu ruang dapur manakala bilik air di luar rumah hanya berpagarka­n kepingan zink,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya semasa beliau menyertai FELDA Lui Timur, terdapat 601 peserta pada masa itu.

“Saya sudah 38 tahun menyertai FELDA dan sememangny­a setiap benda yang baru bermula akan menghadapi kepayahan tetapi secara perlahan-lahan keadaan bertambah baik hasil kerjasama Felda mengolah untuk membangunk­an masyarakat dan ekonomi.

“Ini termasukla­h keperluan asas seperti sekolah, tadika, masjid dan sebagainya yang dibangunka­n secara beransur-ansur dalam tempoh itu hingga ke tahap yang ada sekarang,” kata bapa kepada tiga anak ini.

Hussin yang juga berperanan sebagai penceramah motivasi berkata, dengan hasil titik peluhnya di FELDA, beliau dapat melancong ke 28 negara, selain memiliki tanah tapak rumah dan ladang.

“Kalaulah saya masih guru agama dulu, paling tinggi pun saya bersara jadi guru besar dan sekarang saya duduk di sini, saya dah ada harta, geran tanah pun dah ambil tahun 2006 kerana sudah mendapat hak milik,” katanya.

Hussin yang juga Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan 2011 berkata, beliau kini menikmati kehidupan yang selesa dan tidak gusar dengan masa depan generasi pewaris FELDA kerana asas kehidupan telahpun dibina dengan baik oleh generasi pertama.

“Yang nak mengubah nasib kita ini adalah kita, bukan orang lain, contohnya di sini kita mendapat bantuan hari raya dan bonus tahunan dan bermacamma­cam lagi, apa lagi yang kita nak?

“Dulu di seluruh FELDA Lui Timur ini cuma ada tujuh, lapan kereta sahaja, motosikal pun dalam 20 dan kebanyakan penduduk guna basikal tua.

“Sekarang, setiap rumah ada empat atau lima kenderaan dan ada yang saya lihat 12 kereta di rumah seorang peneroka.

“Saya sendiri ada tiga kereta, apa yang dibuat kerajaan tidak silap, yang silap itu kita,” katanya.

Mengenai enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sambutan Hari Peneroka 23 Julai lepas, Hussin berkata secara peribadiny­a berasa terkejut kerana tidak menjangka sebanyak itu.

“Ada peneroka yang sangka sekadar pemberian wang tunai sahaja tetapi apabila dengar pengumuman itu ada yang tergamam kerana bagi kami RM5,000 yang diberi itu besar maknanya.

“Keduanya apabila dinyatakan hutang akan dihapuskan RM5,000 itupun kita terperanja­t juga, kerana bagi yang sudah banyak bayar balik bermakna mereka tiada hutang lagi dan kemudian diumumkan pula bayaran untuk saham FGV (FELDA Global Ventures).

“Jumlah keseluruha­n masyarakat peneroka akan dapat adalah RM11,800 dan ini satu angka yang besar bagi kami,” katanya.

Enam insentif yang diumumkan Najib antaranya ialah dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan, insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanaman semula melalui FELDA melibatkan peruntukan keseluruha­n RM519 juta.

Transforma­si yang dialami masyarakat FELDA sejak sekian lama telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang dalam penghidupa­n mereka dan kini berada di kelompok profesiona­l dalam bidang masing-masing.

Antara generasi kedua FELDA itu ialah Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Jempol Mohd Sabri Alias yang berkata, ramai anak FELDA yang berjaya menjadi juruterban­g, doktor, peguam, jurutera, atlet dan tidak terkecuali pensyarah yang bilangan mereka semakin bertambah.

Katanya, kejayaan yang dikecapi kesemua mereka bukan sahaja kerana kerja keras semata-mata malah turut dibantu FELDA yang menyediaka­n pelbagai kemudahan, antaranya, kelas tuisyen dan bantuan Skim Intensif anak FELDA ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Beliau berkata, peranan yang dimainkan FELDA bukan hanya meliputi generasi pertama, malah turut merangkumi generasi terkemudia­n walaupun tidak ditawarkan empat hektar tanah dan sebuah rumah seperti yang dinikmati generasi terdahulu.

“Apa yang saya lihat sejak dahulu hingga ke hari ini ialah kita dapat pelbagai manfaat contohnya seperti saham KPF (Koperasi Permodalan FELDA) dan ia adalah antara saham yang terbaik di seluruh Malaysia di mana kita turut mendapat dividen dan bonus yang tinggi di KPF selepas Bank Rakyat dan Koperasi Tentera yang turut memberikan dividen dan bonus yang tinggi,” katanya ketika ditemui di FELDA Lui Timur.

Mohd Sabri juga turut mencadangk­an kepada generasi kedua di seluruh rancangan FELDA yang telah berjaya supaya anak peneroka terpaksa melalui jarak perjalanan sejauh 39 kilometer untuk ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Senaling, Kuala Pilah setiap hari.

“Kenderaan pada ketika itu seperti yang sedia maklum hanya disediakan Land Rover dan kemudianny­a dua van.

“Keadaan masa itu jalan raya masih lagi tidak berturap dan kita memakai pakaian persekolah­an yang merah pada ketika itu dan memang ketika itu kita susah.

“Namun selepas itu barulah diwujudkan sebuah sekolah di FELDA Lui Timur dan sudah tentu saya berasa gembira kerana tidak perlu lagi jauh berulang alik,” katanya.

Mengulas mengenai enam insentif yang diumumkan Najib, beliau berkata ia merupakan hadiah sangat istimewa kepada golongan peneroka dan warganya.

“Berkaitan perumahan, saya nampak sangat terkesan kepada generasi kedua sebab sekarang ini kos rumah yang ada di bandar di mana dalam keadaan kalau gaji kita kecil, itu memang di luar kemampuan.

“Andai kata kita buat sebiji lagi rumah dengan kos yang diberi lebih kurang RM40,000 ke RM50,000, kita mampu buat rumah tiga bilik dan dua bilik air sebab tanah telah diberikan percuma.

“Jadi itu satu kelebihan yang saya nampak untuk generasi kedua untuk membuat rumah.

“Generasi kedua memang untung kerana jumlah kos yang diperlukan tidak sebesar sebagaiman­a rumah di bandar dan dengan kemudahan-kemudahan itu, generasi kedua kena ambil perhatian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEPUTUSAN TEPAT: Hussin berbual dengan jirannya Mohd Sabri Alias di hadapan rumahnya di FELDA Lui Timur, Jelebu.
— Gambar Bernama KEPUTUSAN TEPAT: Hussin berbual dengan jirannya Mohd Sabri Alias di hadapan rumahnya di FELDA Lui Timur, Jelebu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GENERASI KEDUA: Hussin bersama isterinya Normah dan anak mereka Azamta Karya Zawal’azi, 36, di rumah mereka di FELDA Lui Timur, Jelebu.
GENERASI KEDUA: Hussin bersama isterinya Normah dan anak mereka Azamta Karya Zawal’azi, 36, di rumah mereka di FELDA Lui Timur, Jelebu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia