Utusan Borneo (Sarawak)

Penagih dadah disyaki dalang kebakaran di kpg titingan

-

TAWAU: Seorang penagih dadah diberkas polis kerana disyaki dalang utama yang mencetuska­n api sehingga menyebabka­n kebakaran besar di Kampung Titingan (Icebox) di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus mengesahka­n suspek, lelaki berusia 47 tahun yang tinggal di Blok 8 Kampung Titingan dan bekerja sebagai nelayan sudah ditangkap oleh polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan dibuka mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan (khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasak­an rumah dan sebagainya),” katanya.

Siasatan turut mengambil kira dakwaan penduduk yang mengatakan kononnya suspek turut menjadikan salah satu bilik di rumah sewa terbabit sebagai ‘port’ penagihan dadah.

Fadil berkata, ujian awal saringan air kencing yang dijalankan polis terhadap suspek juga mendapati lelaki terbabit positif Methamphet­amine.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis namun berdasarka­n maklumat awal penduduk kampung, kebakaran dikatakan bermula dari rumah sewa suspek.

“Suspek dipercayai marah dan dengan sengaja membakar rumahnya kerana dihalau oleh tuan rumah berikutan kegagalann­ya melunaskan bayaran sewa rumah,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Utusan Borneo yang turut menemui beberapa penduduk kampung dimaklumka­n bahawa suspek sudah mengemas pakaiannya sebelum kejadian.

Ada dakwaan mengatakan suspek bersalam dengan beberapa penduduk kampung sebelum beredar meninggalk­an rumahnya kira-kira jam 12 tengah malam.

Suspek juga dikatakan orang pertama yang menyedari api mula merebak dan menjerit ‘ api’, menyebabka­n orang kampung mengesyaki lelaki itu sebagai dalang kejadian.

Menurut penduduk kampung juga, suspek dikatakan mengalami masalah rumah tangga kerana isterinya sudah melarikan diri bersama anak mereka sebelum ini.

Utusan Borneo difahamkan, sekurang- kurangnya enam saksi yang terdiri daripada penduduk kampung tampil ke IPD Tawau untuk memberikan keterangan kepada polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia