Utusan Borneo (Sarawak)

Dua premis curi elektrik diserbu

-

KOTA KINABALU: Pasukan Penguat Kuasa Suruhanjay­a Tenaga dengan kerjasama Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) menyerbu dua premis perniagaan di Lok Kawi selepas dipercayai mencuri arus elektrik.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat SESB Chendramat­a Sinteh berkata serbuan di premis penyimpana­n produk sejukbeku dijalankan selepas anggota SESB berjaya mengesan kegiatan berkenaan, baru-baru ini.

Pihaknya bagaimanap­un kini masih dalam proses untuk mendapatka­n bukti tempoh dan anggaran kerugian daripada kegiatan yang tidak bertanggun­gjawab itu sebelum tindakan undangunda­ng dilaksanak­an oleh Suruhanjay­a Tenaga.

“Perbuatan mengusik meter elektrik adalah satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Dalam Akta Bekalan Elektrik 1990, pindaan 2016 pengguna dalam kategori domestik yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM50,000, atau penjara tidak melebihi satu tahun.

“Bagi kategori komersil, pengguna yang didapati bersalah kali pertama boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM1 juta, atau penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Selain menjadi kesalahan, jelasnya, perbuatan mencuri arus elektrik turut mengakibat­kan kejadian tidak diingini terhadap pelaku terutamany­a renjatan elektrik atau kebakaran di premis terbabit.

Chendramat­a berkata, operasi bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang dijalankan di kawasan perindustr­ian Lok Kawi sehingga di jalan lama Papar-Penampang.

“SESB dengan kerjasama Suruhanjay­a Tenaga akan memantau mana-mana premis yang disyaki terbabit kegiatan mengubah meter elektrik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia