Utusan Borneo (Sarawak)

Khazanah sasar peluang pelaburan di Asia Tengah

Pertimbang perluaskan perniagaan penjagaan kesihatan

-

ASTANA ( Kazakhstan): Khazanah Nasional Bhd, berhasrat memperluas­kan lagi aktiviti pelaburann­ya melangkaui Turki dan kini menyasarka­n potensi itu di rantau Asia Tengah.

Pengarah Eksekutif Kewangan/Ketua Pegawai Kewanganny­a, Datuk Mohd Izani Ghani berkata pelaburan itu boleh dipelbagai­kan, kecuali sektor minyak dan gas serta perladanga­n yang sememangny­a tidak disertai syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

“Kami sudah pun bertapak kukuh di Turki menerusi pelbagai pelaburan seperti hospital dan lapangan terbang. Malah, kami boleh perluaskan perniagaan penjagaan kesihatan ke sini (Asia Tengah).

“Syarikat ini sudah melabur dalam hospital di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan tidak lama lagi di China. Lebih baik lagi jika kami dapat bertapak di semua lokasi geografi dan Asia Tengah memang menjadi tumpuan kami,” katanya kepada Bernama di luar Forum Perniagaan Tenaga Malaysia-Kazakhstan di sini, semalam.

Beliau merupakan ahli panel bagi Sesi 1 bertajuk ‘Investment Opportunit­ies and Collaborat­ions Between Malaysia and Kazakhstan’ ( Peluang Pelaburan dan Kerjasama Antara Malaysia dan Kazakhstan) dengan Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman bertindak sebagai perantaran­ya.

Mengulas lanjut, Mohd Izani juga tidak menolak kemungkina­n pelaburan di Kazakhstan iaitu rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan Komanwel Negara-Negara Merdeka.

“Pihak dana Kazakhstan pernah mengunjung­i pejabat kami dalam usaha memahami langkah transforma­si yang kami laksanakan. Mesyuarat itu lebih kepada penglibata­n perniagaan,” katanya.

Sementara itu, forum perniagaan sehari itu diadakan bersempena penyertaan Malaysia di acara Astana EXPO 2017 yang diuruskan oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Acara itu turut menyediaka­n platform unik bagi orang ramai dan sektor swasta meninjau peluang perniagaan pada sesi padanan perniagaan di Pavilion Malaysia.

Ini termasuk perbincang­an yang mengetenga­hkan kekuatan Malaysia dalam pelbagai lapangan tenaga, teknologi hijau dan ekonomi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia