Utusan Borneo (Sarawak)

Madam Kwan’s mulakan fasa baharu pengembang­an melalui francais

-

KUALA LUMPUR: Restoran tempatan, Madam Kwan’s, beralih ke Indonesia susulan ia memulakan fasa baharu pertumbuha­n melalui francais, yang dijangka akan direalisas­ikan pada tahun depan.

Jenama tersebut, yang dikendalik­an oleh Suez Top Ventures Sdn Bhd, pada masa ini mempunyai lapan cawangan di pusat beli-belah utama di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Suez Top yang juga menantu Madam Kwan Swee Lian, Maureen Ooi, berkata syarikat ketika ini dalam perbincang­an untuk membawa jenama tersebut ke Indonesia.

“Sebelum pelan ini, kami mempunyai restoran di Singapura. Bagaimanap­un, kami keluar dari pasaran baru-baru ini disebabkan cabaran yang sukar. Oleh itu, kami mengemukak­an strategi baharu, iaitu memasuki pasaran lain melalui francais,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n buku resepi Madam Kwan’s semalam.

Dalam negara, katanya, jenama tersebut dijangka membuka satu lagi cawangan di Mont Kiara pada suku pertama tahun depan.

“Kami percaya dengan faktor lokasi dan restoran kami terletak di kawasan utama dan kami akan menempatka­n semula kedai sedia ada kami ke pusat beli-belah baharu jika perlu,” kata Ooi.

Madam Kwan’s terdapat di pusat beli-belah utama negara – Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bang- sar Shopping Centre, 1 Utama Shopping Centre, Empire Shopping Gallery dan Sunway Pyramid, dan juga di Genting Highlands Resort.

Beliau berkata buku resipi itu hanya boleh didapati di cawangan sebagai sebahagian daripada barangan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Buku berharga RM89 itu turut menyentuh mengenai kehidupan Madam Kwan dan kehilangan anak sulungnya dan keluargany­a dalam tragedi Highland Towers pada 1993 diikuti dengan kehilangan seorang lagi anaknya dalam tempoh satu dekad.

Ia turut memberi gambaran yang jelas mengenai kekuatan, keazaman dan keupayaan wanita berusia 83 tahun itu dalam menga- tasi kesukaran yang dihadapi keluarga.

Bagi mereka yang ingin mendapatka­n buku yang telah ditandatan­gani dan bertemu dengan Madam Kwan sendiri boleh berbuat demikian di cawangan di Pavilion KL (30 Sept, 2017) dan Mid Valley Megamall (7 Okt, 2017) antara 3 petang dan 5 petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia