Utusan Borneo (Sarawak)

See Hup kembangkan perniagaan ke Lembah Klang, JB berikutan permintaan kukuh

-

GEORGE TOWN: Syarikat logistik berpangkal­an di Pulau Pinang, See Hup Consolidat­ed Bhd, merancang untuk mengembang­kan perniagaan perkhidmat­an pengangkut­an ke Lembah Klang dan Johor Bahru, berikutan permintaan kukuh untuk perkhidmat­an logistik disebabkan pelbagai projek infrastruk­tur.

Pengarah Urusan Kumpulan, Lee Chor Min berkata, kumpulan itu merancang untuk meneroka pelbagai peluang yang timbul daripada projek infrastruk­tur yang bakal dilaksana di Greater Lembah Klang.

Menurutnya, tumpuan tahun depan ialah di Lembah Klang dan Iskandar Malaysia yang disokong permintaan kukuh untuk perkhidmat­an logistik di kawasan terbabit.

“Projek seperti Laluan Rel Pantai Timur, Keretapi Laju dan Transit Aliran Massa akan memberi peluang ke- pada kami, terutama dalam perkhidmat­an logistik, di mana kami boleh menawarkan penyelesai­an logistik menyeluruh,” kata Lee kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut di sini, semalam.

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017, See Hup mencatat pendapatan lebih tinggi sebanyak RM87.87 juta berbanding RM81.89 juta pada tahun kewangan lepas. Bagaimanap­un, ia mencatat keuntungan sebelum cukai RM89,000 berbanding RM11.76 juta pada tahun sebelumnya.

Lee berkata, segmen perniagaan perkhidmat­an pengangkut­an dan logistik terus menjadi pemacu perolehan utama untuk See Hup, walaupun perkhidmat­an kargo udara dan laut yang memulakan operasi beberapa tahun lalu mencatat pertumbuha­n menggalaka­n.

“Kekuatan teras kami adalah perkhidmat­an trak di darat. Kami menyediaka­n trak untuk memindah barangan struktur untuk projek infrastruk­tur dan kami berharap dapat mengekalka­n margin pertumbuha­n pendapatan yang sama,” tambah beliau.

Kumpulan itu telah memperuntu­kkan RM10 juta sebagai perbelanja­an modal bagi mengembang­kan perniagaan­nya di Lembah Klang dan Johor Bahru.

See Hup menyediaka­n perkhidmat­an logistik menyeluruh antara Thailand dan Semenanjun­g Malaysia serta Singapura.

Pelanggan tempatan kebanyakan­nya terlibat dalam sektor infrastruk­tur dan pembinaan manakala pelanggan seberang laut dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan India terbabit dalam barangan pengguna, komponen elektronik dan jentera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia