Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran barang kemas Asia akan promosi M’sia sebagai hab global baharu

-

KUALA LUMPUR: Lebih 40 jenama barang kemas daripada 14 negara akan menyertai Pameran Barang Kemas Asia 2017 di Hotel Shangri-La mulai kelmarin hingga 7 September.

Alun Jones, Pengurus Besar UBM MES, penganjur pameran tersebut berkata, acara kali pertama itu bertujuan meningkatk­an repu- tasi Malaysia sebagai pusat perdaganga­n barang kemas standard global, di samping mempromosi negara ini sebagai hab baharu peniaga dan pembeli swasta barang kemas di seluruh dunia.

Menurutnya, acara antarabang­sa berprofil tinggi berkenaan boleh menjadi platform ideal untuk peniaga barang kemas tempatan meneroka dan bekerjasam­a di peringkat antarabang­sa dengan penyertaan tukang emas terkemuka dan pereka paling baik Malaysia di pameran berkenaan.

“Pasaran untuk barang kemas halus berkembang pesat dengan Malaysia di tempat kedua di dunia dari segi pertumbuha­n pasaran.

“Kami telah menyaksika­n pasaran di sini tumbuh 99 peratus sejak 2012 dan fakta ini serta pengalaman luas kami dalam industri, menjadikan Pameran Barang Kemas Asia 2017 amat kena pada masan- ya,” katanya kepada pemberita ketika pratonton pameran itu di sini, kelmarin.

UBM MES adalah gabungan antara United Business Media ( M) Sdn Bhd dan Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd.

Antara jenama antarabang­sa terkemuka menyertai majlis itu ialah Aenea Jewellery dari Austria, Autore South Sea Pearls (Australia), Sutra Jewels (Amerika Syarikat) dan Heinz Mayer (Jerman).

“Kami telah mereka den- gan teliti pameran itu bagi memastikan majoriti jenama tidak terdapat di kedai utama di Malaysia, yang sudah pasti akan meningkatk­an minat pelawat untuk melihat, menyentuh dan membeli produk tersebut,” katanya.

Pe l awa t dikehendak­i mengemukak­an kad pengenalan Malaysia atau pasport antarabang­sa mereka di kaunter pendaftara­n untuk kemasukan percuma dari jam jam 12 tengah hari hingga 8 malam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYUSUN: Seorang peniaga menyusun barang kemas di sebuah gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama MENYUSUN: Seorang peniaga menyusun barang kemas di sebuah gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.
 ?? — Gambar Bernama ?? GERAI PAMERAN: Pengunjung tidak melepaskan peluang melawat gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 kelmarin.
— Gambar Bernama GERAI PAMERAN: Pengunjung tidak melepaskan peluang melawat gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Alun (kanan) dan Costan (tengah) ketika sidang media pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Alun (kanan) dan Costan (tengah) ketika sidang media pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia