Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah dagangan M’sia lepasi RM1 trilion bagi Jan-Jul 2017

Disokong oleh dagangan dengan ASEAN, China, AS, EU

-

KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia melepasi RM1 trilion bagi tempoh tujuh bulan pertama 2017, peningkata­n 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2016, kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Dagangan melepasi RM1 trilion dua bulan lebih awal daripada trend biasa.

” Peningkata­n dagangan disokong terutamany­a oleh dagangan dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat, Kesatuan eropah, Jepun, India dan Taiwan.

“Eksport meningkat 22.3 peratus kepada RM529.68 bilion, manakala import menambah 23 peratus kepada RM478.71 bilion, menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM50.97 bilion,” kata MITI menerusi satu kenyataan semalam.

Bagi bulan Julai, MITI berkata eksport mengekalka­n momentum pertumbuha­n yang kukuh, mencatatka­n nilai sebanyak RM78.62 bilion, menambah 30.9 peratus berbanding tahun lepas.

Kementeria­n itu juga berkata eksport mencatatka­n pertumbuha­n tahun ke tahun yang lebih kukuh berbanding import bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan semua produk eksport utama mencatatka­n peningkata­n.

Barangan elektrik dan elektronik ( E& E) mengetuai eksport dengan mencatat pertumbuha­n dua angka bagi bulan ketujuh berturut- turut (+ 28.3 peratus) atau RM6.15 bilion, diikuti eksport barangan perlombong­an, yang berkembang sebanyak 27.5 peratus kepada RM6.71 bilion serta barangan pertanian (+ 14.8 peratus) RM6.42 bilion.

MITI berkata eksport utama pada Julai 2017 melibatkan barangan E&E bernilai RM27.91 bilion, produk petroleum RM7.09 bilion, kimia dan produk kimia RM5.72 bilion, produk minyak kelapa sawit dan berasaskan kelapa sawit RM4.46 bilion, serta gas asli cecair RM3.79 bilion.

Bagi import pada Julai, angkanya meningkat sebanyak 21.8 peratus kepada RM70.59 bilion, dengan tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir ialah barangan perantaraa­n bernilai RM39.9 bilion, barangan modal berjumlah RM9.18 bilion dan barangan penggunaan berjumlah RM5.99 bilion.

“Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2017, import bernilai RM478.71 bilion atau peningkata­n 23 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2016.

“Barang pengantara bernilai RM278.71 bilion, meningkat sebanyak 25.6 peratus, barangan modal (RM65.78 bilion, meningkat 15.7 peratus) dan barangan penggunaan (RM40.35 bilion, meningkat 5.1 peratus),” kata MITI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia