Utusan Borneo (Sarawak)

Vizione sasar pertumbuha­n perolehan 5.0-10 peratus

-

KUALA LUMPUR: Vizione Holdings Bhd menyasarka­n pertumbuha­n perolehann­ya antara 5.0-10 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2019 susulan pengambila­lihan Wira Syukur (M) Sdn Bhd (WSSB) pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Ng Aun Hooi berkata pengambila­lihan itu juga dapat melonjakka­n perolehan kumpulan kerana WSSB memberi sumbangan jaminan tanpa syarat sebanyak RM82 juta kepada kumpulan itu.

“Baki tempahan semasa dalam tangan kami adalah RM3 bilion manakala tender pula RM1.5 bilion,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu di sini, semalam.

Menurutnya, projek yang sedang dijalankan itu akan turut meningkatk­an jumlah tempahan syarikat kepada RM3.6 bilion.

Selain itu, mengulas EGM semalam, Ng berkata kalangan pemegang sahamnya telah meluluskan cadangan pengambila­lihan keseluruha­n kepentinga­n WSSB sebanyak RM280 juta.

“Usaha itu akan dipenuhi menerusi gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu Vizione pada harga terbitan 11 sen sesaham,” katanya.

WSSB mempunyai tempahan pembinaan kira-kira RM3 bilion pada 24 Mac, 3017 dan projek-projek itu dijangka menjana pendapatan untuk enam tahun kewangan akan datang.

Bagi prospek masa depan, Ng berkata Vizione akan terus membida tender bagi mendapatka­n lebih banyak projek pembinaan dan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR). “Tidak mudah untuk memenuhi pasaran mewah. Oleh itu, kami masih menyasarka­n projek-projek kerajaan dan beberapa usaha swasta membabitka­n perumahan mampu milik di seluruh negara, kecuali Sarawak,” katanya.

Mengulas aliran tunai syarikat itu, beliau berkata hutang semasa Vizione adalah 0.06 kali namun dengan perolehan lebih banyak projek, syarikat tersebut berkemungk­inan berdepan masalah aliran tunai itu pada masa depan.

“Namun kami akan menumpukan kepada kemudahan perbankan bagi membantu aspek aliran tunai berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANPA SYARAT: Ng hadir semasa sidang akhbar selepas Vizione Holding Berhad bermesyuar­at Agung di Kelab Pemain Perlawanan Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TANPA SYARAT: Ng hadir semasa sidang akhbar selepas Vizione Holding Berhad bermesyuar­at Agung di Kelab Pemain Perlawanan Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia