Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat Malaysia digesa seiring dengan industri 4.0

-

KUALA LUMPUR: Bank Rakya t menc a t a t peningkata­n keuntungan sebelum cukai dan zakat kumpulan sebanyak 6.38 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM958 juta bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun, 2017 berbanding RM900 juta sebelum ini didorong oleh pertumbuha­n perolehan kukuh terutamany­a aktiviti pembiayaan runcit dan perbendaha­raan.

Ke u n t u n g a n b e r s i h kumpulan bagi separuh per tama 2017 i tu juga menokok 10.48 peratus kepada RM884 juta berbanding RM800 juta sebelum ini, kata bank itu dalam satu kenyataan semalam.

“Perolehann­ya meningkat kepada RM3.13 bilion pada separuh pertama 2017 iaitu kenaikan 5.42 peratus atau sebanyak RM160.58 juta berbanding RM2.96 bilion sebelumnya, dipacu oleh pertumbuha­n kukuh pembiayaan peribadi dan perumahan,” katanya.

Jumlah aset kumpulan itu meningkat sebanyak 7.59 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM104.26 bilion berbanding RM96.91 bilion sebelum ini, sejajar dengan pertumbuha­n purata industri kewangan.

Sementara itu, pulangan asetnya kekal tinggi pada 1.88 peratus iaitu meningka t be rbanding purata dicatatkan industri berkenaan, katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia perlu seiring dengan apa yang dikenali sebagai revolusi perindustr­ian keempat, atau Industri 4.0, kata Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) Unit Perancang Ekonomi, Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata dunia berubah dengan cepat dari segi revolusi digital dan teknologi baharu dalam bidang lain, dan syarikat Malaysia perlu turut serta dan sejajar dengan perubahan tersebut.

“Kita dapat melihat kebanyakan daripada mereka masih bergantung kepada tenaga buruh murah dan automasi pada tahap yang rendah. Buat masa ini, tiada masalah tetapi jika mereka melihat ke hadapan, syarikat perlu berubah untuk menjadi kompetitif,” katanya kepada Bernama di luar persidanga­n ‘ Industri 4.0 dan Pendigital­an’ di sini kelmarin.

Johan memuji tenaga kerja muda Malaysia yang berani menerima revolusi digital.

Persidanga­n selama dua hari itu, bermula kelmarin, dianjurkan oleh Talent Developmen­t (M) Sdn Bhd dan Institut Pengurusan Malaysia.

Ia fokus kepada keperluan Malaysia untuk respons kepada revolusi perindustr­ian keempat susulan banyak syarikat melaksanak­an automasi.

Sementara itu, perunding utama dengan National Digital Talent Developmen­t di Huawei Technologi­es Ltd, Imran Kunalan Abdullah berkata syarikat perlu melakukan penilaian yang sewajarnya sebelum memulakan Industri 4.0.

“Pertama, mereka perlu menganalis­is nilai yang mereka boleh dapat daripada langkah ini berikutan ia melibatkan pelaburan modal yang besar yang berkaitan dengan jentera dan teknologi.

“Kembali kepada asas perniagaan dan merangka strategi dan mungkin pemilik perniagaan boleh menjalanka­n inisiatif perintis untuk menguji keupayaan mereka dan mencari tenaga kerja yang sesuai yang dapat menyusun teknologi baharu ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia