Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang wujudkan rangkaian untuk peserta PIPOC 2017

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 8,000 peserta Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabang­sa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (PIPOC) 2017 mulai 14 hingga 16 November dijangka mampu mewujudkan rangkaian dan mengemas kini diri mereka mengenai produk terbaharu inovasi teknologi dan perkhidmat­an berkaitan industri tersebut serta minyak dan lemak global.

Ketua Pengarah, Dr Ahmad Kushairi Din berkata, ketika industri minyak sawit Malaysia menyambut ulang-tahun ke-100 tahun ini, PIPOC 2017 juga disesuaika­n untuk mengingati pencapaian industri serta menetapkan arah masa depannya.

“Untuk memperinga­ti pencapaian satu abad penanaman kelapa sawit di Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan menganjurk­an forum khas pada hari pertama PIPOC 2017 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Forum itu akan dipandu oleh tema acara berkenaan dengan perbincang­an mengenai cabaran dihadapi industri tersebut, bagaimana untuk memupuk kelestaria­n dan amalan terbaik teknologi untuk pertumbuha­n jangka panjang dan kesejahter­aan sektor berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut Ahmad Kushairi ,tema PIPOC 2017, ‘Treasuring the Past, Charting the Future’, adalah kena pada masanya dan mencermink­an penekanan aspek penting penyelidik­an dan pembanguna­n kelapa sawit pada abad ke-21.

PIPOC 2017 akan mempunyai lima persidanga­n serentak bagi menawarkan platform strategik bagi membincang, membahas dan memaklumka­n peserta mengenai pelbagai aspek , industri minyak sawit, iaitu huluan, hiliran, ekonomi dan pemasaran serta trend masa depan.

Kira-kira 50 negara akan berkumpul pada majlis tersebut, termasuk pembuat keputusan perniagaan, eksekutif kanan, pembuat dasar serta penyelidik, penanam, pakar ekonomi dan peniaga minyak dan lemak.

Persidanga­n itu akan dedahkan data dan pembanguna­n terbaharu berkaitan sains kelapa sawit, kesihatan dan pemakanan serta prospek ekonomi untuk tanaman berkenaan dengan matlamat untuk meningkatk­an sektor serta membincang­kan strategi baharu bagi merangsang kemampanan, daya saing serta menangani automasi dan cabaran perdaganga­n.

Seratus tahun selepas tanaman itu kali pertama ditanam di Malaya pada masa itu pada 1917, industri tesebut kini telah menjadi tunggak utama sektor komoditi Malaysia, menyumbang RM67.6 bilion dalam nilai eksport pada 2016, bersamaan 6.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia