Utusan Borneo (Sarawak)

Cendekiawa­n perlu kenal pasti kaedah mengantara­bangsakan transaksi kewangan Islam

-

KUALA LUMPUR: Kalangan cendekiawa­n dan penyelidik perlu mengenal pasti kaedah untuk mengantara­bangsakan kewangan Islam serta meningkatk­an transaksi perkhidmat­annya secara rentas sempadan.

Ketika membuat gesaan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia ( BNM) Datuk Muhammad Ibrahim berkata ini juga bagi memastikan struktur produk kewangan Islam dapat menepati keperluan ekonomi.

“Kebanyakan industri kewangan I s lam global masih bertumpu kepada aspek domestik. Sebahagian besar daripadany­a juga masih terlibat dalam kredit pengguna dan produk perbankan yang mudah.

“Kita perlu melangkaui nilai- nilai itu jika mahu kewangan Islam itu dapat dikembangk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Alumni Akademi Penyelidik­an Syariah Antarabang­sa bagi Kewangan Islam di sini, kelmarin.

Muhammad turut menegaskan kepentinga­n untuk memiliki pandangan global lebih meluas serta memikirkan isu- isu di sekeliling ummah dan tidak sekadar berkaitan aspek Syariah dan kewangan Islam sematamata.

“Kita melihat banyak sektor tradisiona­l yang sesuai dengan perubahan dan terpinggir oleh kehadiran teknologi dan model perniagaan baharu. Oleh itu, kewangan Islam tidak harus tersisih daripada perkembang­an pesat ini,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an golongan c endeki awa n dan penyelidik mengenai kepentinga­n usaha pengumpula­n maklumat selain terbabit dalam penyelidik­an yang membolehka­n me r eka menimba i lmu disiplin lain agar lebih inovatif serta membangunk­an penyelesai­an praktikal dan cekap kos.

Komuniti kewangan Islam juga, kata Muhammad, perlu inovatif dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan pengguna kewangan Islam dan memastikan produk serta perkhidmat­an yang ditawarkan itu kekal relevan serta seiring dengan isu yang dihadapi masyarakat.

“Ada di antara isu paling kritikal dihadapi ekonomi serta masyarakat global termasuk perumahan mampu milik, tahap kualiti kehidupan serta saluran lebih baik bagi kesihatan dan pendidikan yang baik.

“Harapan saya adalah penyelidik­an dan pembanguna­n kewangan Islam yang diterapkan itu bersifat saling mengukuh sebagai lingkaran yang baik. Ini membolehka­n penyelidik­an secara meluas itu dapat diterjemah­kan kepada penyelesai­an hebat dan dimanfaatk­an bagi melonjakka­n kewangan Islam ke tahap kecemerlan­gan baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia