Utusan Borneo (Sarawak)

HRW: Penyeksaan di Mesir jenayah antikemanu­siaan

-

BEIRUT: Human Rights Watch (HRW) dalam laporan yang dikeluarka­n semalam menuduh perkhidmat­an keselamata­n Mesir menyeksa tahanan dalam jenayah antikemanu­siaan.

Kumpulan hak asasi yang berpusat di New York itu menyatakan perkhidmat­an keselamata­n di negara Afrika Utara itu menggunaka­n penyeksaan sebagai amalan bersistema­tik terhadap suspek penentang kerajaan.

HRW kerap menuduh perkhidmat­an keselamata­n Me si r me n g ama lk a n penyeksaan, satu tuduhan yang dinafikan kementeria­n dalam negeri.

Kerajaan memaklumka­n terdapat kes individu di mana beberapa anggota polis telah didakwa dan dijatuhkan hukuman atas kematian kejam tahanan sejak beberapa tahun ini.

“Human Rights Watch percaya epidemik penyeksaan di Mesir kemungkina­n bersamaan dengan jenayah antikemanu­siaan, disebabkan oleh amalan bersistema­tik yang menular di seluruh Mesir,” menurut laporan.

Ia menyatakan ia telah menemu bual 19 bekas tahanan yang memperinci­kan kaedah penyeksaan, termasuk renjatan elektrik, polis menggari tangan suspek dan memukul mereka dengan tangan.

“Dalam kedudukan lain, dikenali sebagai ‘ ayam panggang’, anggota polis meletakkan batang kayu atau besi di belakang lutut suspek, mengikat tangan mereka pada batang besi dari arah yang bertentang­an supaya besi itu terletak di antara siku dan belakang lutut mereka, dan mengikat tangan di atas tulang kering bagi memastikan mereka berada dalam kedudukan tersebut,” menurut laporan.

Besi itu kemudian diangkat, meletakkan suspek dalam keadaan menyerupai ayam yang berada di atas api pemanggang.

Laporan memetik seorang bekas tahanan menyatakan pihak polis telah meliwatnya beberapa kali menggunaka­n sebatang kayu.

Pada Februari tahun lepas, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara selama lapan tahun ke atas seorang anggota polis yang didapati bersalah memukul sehingga mati seorang pakar bedah veterinari yang berada dalam tahanan di bandar Terusan Suez Ismailiya.

Pada Disember 2015, mahkamah di bandar Tanta di delta Nil menjatuhka­n hukuman terhadap dua anggota polis yang tidak hadir penjara seumur hidup kerana membunuh seorang tahanan lelaki.

Pada bulan yang sama, se b u a h ma h k a m a h menjatuhka­n hukuman terhadap dua orang anggota polis rahsia penjara selama lima tahun kerana memukul sehingga mati seorang peguam yang dipenjarak­an di sebuah balai polis Kaherah.

Di dalam laporannya, HRW mencadangk­an Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengarahka­n kementeria­n ke h a k i ma n me la n t i k pendakwa raya khas bagi menyiasat aduan mengenai penderaan dan mendakwa mereka.

“Menggagalk­an usaha serius pentadbira­n Sisi dalam menangani epidemik ini, kami menggesa negara anggota PBB untuk menyiasat dan mendakwa di mahkamah mereka anggota keselamata­n Mesir dan pegawai lain yang dituduh melakukan penyeksaan atau membenarka­nnya berlaku, di bawah prinsip pengadilan sejagat,” tegas HRW. — AFP SAO PAULO: Polis Brazil kelmarin menemui beberapa bagasi padat dengan jutaan dolar tunai di sebuah pangsapuri dipercayai ada kaitan bekas menteri kerajaan yang dituduh rasuah.

Polis mengambil masa beberapa jam untuk hanya menganggar­kan jumlah wang yang begitu banyak di dalam pangsapuri di bandar timur laut Salvador itu yang dipercayai digunakan bekas menteri Geddel Vieira Lima yang ditangkap pada Julai.

Lewat petang dengan tujuh mesin pengira tunai digunakan, polis menyatakan lebih 33 juta reais ($10.6 juta) telah dikira.

Namun tugas mereka belum berakhir.

Timbunan wang tunai dalam beberapa bagasi dan kotak kadbod telah ditemui semasa polis menyiasat mengenai penipuan di bank milik kerajaan Caixa Economica Federal, di mana Lima bertugas di bawah presiden Dilma Rousseff. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia