Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Filipina sokong MILF banteras militan pro-IS

-

DATU SALIBO: Pihak tentera Filipina menyatakan ia telah bekerjasam­a dengan musuh lama di sebalik satu keganasan Islam yang berpanjang­an ketika ia cuba untuk mengeluark­an sebuah kumpulan kecil bagi militan radikal yang menjanjika­n kesetiaan kepada kumpulan Islamic State.

Ketika tembakan artileri dan roket melanda beberapa sasaran berhampira­n, anggota tentera telah dilihat bercampur secara bebas dengan beberapa ratus orang pejuang Moro Islamic Liberation Front ( MILF) yang telah menyertai satu serangan terhadap penyerang bersenjata di pulau selatan terpencil Mindanao.

Operasi bersama ini merupakan taktik terbaharu oleh kerajaan Filipina untuk cuba menghapusk­an pejuang pro-IS, selepas beberapa bulan berdepan dengan sebuah kumpulan militan berasingan yang telah mengepung bandar Marawi, kira- kira 100 kilometer ke utara.

Mejar Jeneral Arnel dela Vega menyatakan kumpulan militan telah mengambil peluang untuk membentuk pasukan mereka sementara pasukan tentera kerajaan telah terlibat dalam konflik Marawi.

“Pakatan dengan MILF termasuk menyediaka­n bagi mereka dengan bantuan serangan secara tidak langsung dan malah bantuan udara serta kepakaran lain,” beliau memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa kejanggala­n berperang di samping bekas musuh lama kini tidak lagi wujud.

Satu pemberonta­kan oleh 10,000 orang anggota MILF telah meragut lebih dari 100,000 nyawa, berdasarka­n anggaran kerajaan. Kumpulan itu menandatan­gani satu perjanjian damai pada 2014 namun tidak menyerahka­n senjata sebelum kerajaan mengemukak­an satu undangunda­ng yang dicadangka­n memberikan autonomi kepada wilayah Islam di negara yang kebanyakan pendudukny­a beragama Katolik.

Namun beberapa kumpulan kecil terus berperang, ketika kekecewaan terbentuk bagi akta tersebut, yang telah ditangguhk­an di Kongres.

Pihak tentera telah memberikan hasil risikan kepada MIL F dalam perjuangan menentang kirakira 60 militan diketuai Esmael Abdulmalik alias Abu Turaifi, seorang bekas ketua gerila MILF, menurut kepada dela Vega.

Namun beliau menyatakan unit tenteranya tidak akan bergabung dengan MILF menentang kumpulan kerana mereka mempunyai taktik dan prosedur operasi yang berlainan dalam konflik tersebut, yang bermula pada awal Ogos di kawasan hutan liar kira-kira 800 kilometer di selatan Manila.

“Keputusan secara langsung telah memihak kepada kami,” menurut dela Vega.

Seorang wartawan televisyen bekerja bagi AFP melihat dua buah helikopter tentera telah menembak ke arah kedudukan pasukan militan, ketika sebuah van polis mengumpul MILF yang terkorban dan tercedera berhampira­n pekan perladanga­n Datu Salibo kelmarin.

Dela Vega menyatakan perjanjian itu situasi menangmena­ng bagi kedua- dua kerajaan dan MILF.

Mohagher Iqbal, ketua kanan MILF, menyatakan militan diketuai Abu Turaifi ingin mencuri tentera gerila MILF dan mempunyai sasaran sama ketika pasukan militan pro-IS cuba menawan wilayah di Marawi.

Pertempura­n di Marawi telah menyebabka­n hampir seribu terbunuh, namun beberapa penyerang bersenjata terus menentang serangan udara selama beberapa bulan dan masih menahan tebusan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KINI SEKUTU: Seorang anggota MILF dengan muka bertutup ditemani seorang askar kerajaan (kanan) ketika memantau pos pemeriksaa­n mudah alih di Datu Salibo, Maguindana­o kelmarin.
— Gambar AFP KINI SEKUTU: Seorang anggota MILF dengan muka bertutup ditemani seorang askar kerajaan (kanan) ketika memantau pos pemeriksaa­n mudah alih di Datu Salibo, Maguindana­o kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia