Utusan Borneo (Sarawak)

Vietnam kecam latihan China di wilayah rebutan

-

HANOI: Vietnam telah mengemukak­an satu teguran tajam terhadap China bagi latihan ketenteraa­n di laut China Selatan, amaran kedua sebegitu dalam tempoh seminggu ketika ketegangan meningkat di antara negaranega­ra tersebut terhadap laluan air yang direbutkan.

China dan Vietnam telah lama berbalas kritikan mengenai Laut China Selatan yang strategik dan kaya dengan sumber semula jadi, yang dituntut sepenuhnya oleh Beijing.

Ketegangan telah berlaku sejak beberapa bulan, dengan Vietnam menghentik­an satu projek eksplorasi minyak yang dijalankan oleh Repsol di Sepanyol di kawasan luar pantainya yang dituntut Beijing.

Pada Jun lepas, satu mesyuarat di antara para jeneral kanan Vietnam dan China mengenai isu sempadan telah dibatalkan secara mengejut, dengan keduadua pihak memetik konflik mengejut dijadualka­n.

Hanoi mengecam latihan ketenteraa­n terbaharu di Beijing di Paracel Islands, sebuah kepulauan berkaitan dituntut oleh kedua- dua pihak.

“Vietnam telah menolak sepenuhnya tindakan China dan meminta secara serius kepada China agar menghormat­i kedaulatan Vietnam bagi kepulauan Hoang Sa,” jurucakap kementeria­n luar Le Thi Thu Hang menyatakan lewat kelmarin, menggunaka­n nama Vietnam untuk Paracels.

China menyatakan minggu lepas ia kerap melakukan latihan ketenteraa­n di kawasan maritim relevan di barat laut Laut China Selatan, di mana Paracels terletak, mendakwa jurisdiksi terhadap zon tersebut.

Dua negara itu pernah berperang seketika namun teruk bagi Paracels pada 1974.

Lebih 70 anggota tentera Vietnam terkorban dan China sejak itu mempunyai kawalan de facto ke atas pulau tersebut.

Pada minggu l epa s , Vietnam telah mengulangi permohonan kepada Beijing agar menghentik­an aktivitiny­a di kawasan tersebut, dan pegawai hal ehwal asing di Hanoi telah menemui kakitangan kedutaan China bagi menjelaska­n kedudukan Vietnam.

Kira- kira AS$ 5 trilion dagangan perkapalan tahunan melalui Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan hasil minyak dan gas.

Ketegangan di antara Vietnam dan China bagi laut itu mula berlaku pada 2014 ketika Beijing memindahka­n pelantar minyak ke perairan yang di tuntut Hanoi , menyebabka­n bantahan teruk anti-China selama beberapa minggu di seluruh Vietnam.

Selain Vietnam, Taiwan, Filipina, Brunei dan Malaysia turut menuntut kawasan laut tersebut dalam wilayah masing-masing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia