Utusan Borneo (Sarawak)

Pengkritik lantang Hindu radikal India maut

Lankesh ditembak di depan rumah di Bangalore dipercayai angkara pengikut sayap kanan

-

BANGALORE: Aktivis, ahli politik dan wartawan India semalam menuntut siasatan penuh ke atas pembunuhan Gauri Lankesh, ketua pengarang akhbar dan pengkritik lantang parti pemerintah nasionalis Hindu setelah kematianny­a mengejutka­n industri.

Wanita berusia 55 tahun itu ditembak mati tiga lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal ketika mangsa memasuki rumahnya di bandar selatan Bangalore dalam negeri Karnataka lewat kelmarin.

Lanke sh me rupaka n pengkritik tegar kerajaan sayap kanan Perdana Menteri Narendra Modi.

Polis menemui mangsa mati di halaman rumahnya dengan kesan tembakan di kepala dan dada.

Ke s emua pembunuh berjaya melarikan diri dan setakat ini belum ada penahanan dibuat.

Sidang Ketua Pengarang Indi a ( EGI ) be rka t a , kematianny­a merupakan pe t a n d a su r am ba g i penentang dalam demokrasi dan serangan kejam ke atas kebebasan media, lantas menyeru siasatan menyeluruh dengan segera.

In d i a s emema ng n y a mempunyai rekod lemah dalam keselamata­n wartawan, me skipun kebanyaka n kematian berlaku di kawasan luar bandar terpencil jauh dari pusat bandar utama.

Namun pengkritik kerajaan Modi berkata, penentang dikekang ketika sentimen nasionalis menular dalam demokrasi terbesar di dunia itu.

Pada April, Wartawan Tanpa Sempadan ( RWB) meletakkan India di tangga ke-136 daripada 180 negara dalam penarafan kebebasan media dunia, menyalahka­n pihak nasionalis Hindu yang cuba membersihk­an semua manifestas­i pemikiran ant ina s i ona l da r ipada perdebatan kebangsaan.

Kumpulan kebebasan media itu berkata, 25 wartawan telah mati di India sejak 2010.

Kema t i an t e rbaha r u menyusuli pembunuhan kelompok sekular lantang Indi a terma suk M. M. Kalburgi, yang ditembak mati pada 2015 juga di Karnataka, dipercayai oleh anggota radikal Hindu.

Lankesh menjadi sasaran kecaman penyangak sayap kanan dalam media sosial dan telah mengadu berdepan kebencian menggila yang membuatkan­nya khuatirkan kebebasan bersuara di India.

Tahunlepas­mangsadida­pati bersalah memfitnah seorang penggubal undang-undang daripada parti pimpinan Modi Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam artikel 2008 mengenai dakwaan rasuah.

“Pembunuhan ini mesti disiasat dengan efektif dan segera,” menurut kenyataan Al l Indi a Democ ra t i c Women’s Associatio­n.

“Pembunuhan Lankesh adalah petanda suram sikap tiada toleransi dan keganasan yang dibiarkan sebebasnya oleh peningkata­n pengaruh pasukan sayap kanan dalam negara ini,” tambahnya.

Pengarah Asia Selatan Human Right s Wa tc h (HRW) Meenakshi Ganguly pula menyeru ahli politik untuk mengecam keganasan yang bersandark­an kepada kepercayaa­n.

“Penentanga­n, terlibat dalam kritikan, adalah kekuatan sesebuah demokrasi, tetapi di India, kesemuanya te l a h di t e n g g e l ami oleh dakwaan bahawa ia menyinggun­g kepercayaa­n atau negara,” katanya.

Rakan sekerja, aktivis dan rakan-rakan berkumpul di bandar- bandar utama di seluruh negara semalam untuk memprotes kematian Lankesh dan menuntut keadilan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERAKHIR KEJAM: Kombinasi gambar menunjukka­n ahli keluarga Lankesh meratapi kematianny­a di rumahnya di Bangalore, kelmarin manakala penunjuk perasaan membawa sepanduk memaparkan gambar mangsa ketika memprotes di Bangalore, semalam.
— Gambar AFP BERAKHIR KEJAM: Kombinasi gambar menunjukka­n ahli keluarga Lankesh meratapi kematianny­a di rumahnya di Bangalore, kelmarin manakala penunjuk perasaan membawa sepanduk memaparkan gambar mangsa ketika memprotes di Bangalore, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia