Utusan Borneo (Sarawak)

Taufan kategori 5 Irma badai kepulauan Caribbean

-

WASHINGTON: Teras taufan kategori 5 Irma yang berpotensi membawa malapetaka telah beralih dari Barbuda dan kini menuju St. Martin, menurut pengumuman Pusat Taufan Negara ( NHC) Amerika Syarikat (AS).

Ketika berita ini ditulis, Irma berada pada kedudukan 235 kilometer timur St. Croix dengan kekuatan angin maksimum 295 kilometer sejam ( kmsj), menurut NHC.

Teras Irma kemungkina­n melalui sebahagian Kepulauan Leeward di utara dan bergerak dekat atau melalui sebahagian Kepulauan Virgin semalam, tambahnya.

Ribut kuat itu juga dijangka melalui Puerto Rico, dengan potensi ombak ribut pesisiran pantai setinggi enam meter melebihi paras air pasang biasa, menurut NHC.

Taufan Irma tiba dengan kekua t an y ang t ida k dijangkaka­n d Atlantik, menurut ahli meteorolog­i semalam, ketika menasihati penduduk di kepulauan kecil Caribbean agar berlindung semasa kemaraanny­a.

“Irma adalah sejenis taufan dengan kekuatan yang tidak dijangkaka­n di Atlantik,” menurut Meteo France, memberikan amaran kepada penduduk pulau agar tidak keluar dari rumah mereka.

Meteo France menyatakan, ada kemungkina­n besar beberapa bahagian tanah rendah di pantai akan ditenggela­mi, dengan pekanpekan seperti Marigot dan Grand Case di pulau PerancisBe­landa seperti di Saint- Martin dan Gustavia di SaintBarth­elemy Perancis sebagai turut terjejas.

Ribut dijangka membawa hujan lebat, diramalkan sehingga 200 hingga 400 milimeter.

Irma didapati menjadi bertambah kuat, dengan tiupan angin mencecah 360 kilometer sejam berhampira­n bahagian utara Les ser Antilles.

Perancis khuatir mengenai nasib ribuan penduduk yang enggan berlindung daripada Irma di kepulauann­ya SaintMarti­n dan Saint-Barthelemy, menurut seorang menteri semalam.

“Kami ingin menyatakan bahawa penduduk mesti berlindung sebaik mungkin, dengar nasihat dan arahan yang telah diberikan,” kata Menteri Wilayah Luar Pantai Annick Girardin di Paris.

Sementara itu, sumber rapat dengan kementeria­n mendakwa sehingga 7,000 orang enggan mendapatka­n perlindung­an daripada ribut tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? RIBUT KATEGORI 5: Irma di perairan Pasifik dalam gambar rakaman satelit GOES-16 kelmarin yang diserahkan NHC.
— Gambar Reuters RIBUT KATEGORI 5: Irma di perairan Pasifik dalam gambar rakaman satelit GOES-16 kelmarin yang diserahkan NHC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia