Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi kedua FELDA lega dapat lot tanah rumah

Permohonan lot sudah bermula sejak tahun 2002 lagi

-

KUALA BERANG: “Kami lega dan gembira dengan perkembang­an positif mengenai pemilikan lot tanah untuk generasi kedua FELDA Bukit Bading kerana itulah perjuangan kami sejak beberapa tahun lalu,” kata Mohd Khairudin Sabri, 34.

Beliau adalah antara 450 generasi kedua di tanah rancangan itu yang memohon untuk memiliki tapak tanah untuk mendirikan rumah sendiri.

“Sebenarnya, permohonan ini sudah bermula sejak tahun 2002 di mana cadangan asal ketika itu ialah memohon rumah teres sebanyak 50 unit untuk generasi kedua FELDA Bukit Bading.

“Namun, hasil perbincang­an pengurusan tertinggi FELDA dan kerajaan, akhirnya mereka bersetuju untuk mengagihka­n 130 lot tapak tanah dahulu untuk fasa pertama dan baki 320 lot akan diagihkan secara berperingk­at selepas itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pemohon tanah generasi kedua FELDA Bukit Bading yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari.

Bagi peneroka tanah rancangan itu, Nik Mut Nik Mat, 63, beliau terharu kerana impiannya melihat anaknya memiliki tanah sendiri di FELDA Bukit Bading akan tercapai tidak lama lagi.

“Sekarang ni, anak Pok duduk menyewa merata-rata sebab tak ada rumah sendiri. Alhamdulil­lah tak lama lagi dapatlah dia merasa duduk di rumah sendiri, hasil keprihatin­an kerajaan ini.

“Pok memang sukalah sebab tanah tu percuma sahaja. Lokasinya pula dekat dengan rumah, senanglah sikit dia nak selalu datang ziarah kami nanti,” katanya yang tinggal di tanah rancangan itu sejak 46 tahun lalu.

FELDA Bukit Bading dibuka pada tahun 1967 dan mula diduduki oleh peneroka dua tahun selepas itu.

Jumlah peneroka asalnya ialah seramai 585 orang dan ketika ini hanya 160 peneroka sahaja yang tinggal memandangk­an ramai antara mereka sudah meninggal dunia.

Ketika ini, kira-kira 4,600 penduduk terdiri peneroka asal bersama anak dan cucu mereka tinggal di tanah rancangan itu.

Seorang lagi generasi kedua FELDA Bukit Bading, Abdul Wahab Abdul Rahim, 37, turut berterima kasih kepada FELDA, kerajaan negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu yang sangat komited serta sensitif dengan setiap luahan mereka.

“Hari ini (semalam), saya lebih teruja apabila menghadiri sendiri taklimat kerana dapat mendengar sendiri daripada semua pihak yang terlibat dengan pengagihan tanah ini.

“Soal kos membina rumah itu nanti saya fikirkan, kerana yang penting dapat dulu tanah itu,” katanya yang tinggal menyewa di kampung berhampira­n.

Sementara itu, Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kerajaan sentiasa sensitif dengan keperluan perumahan untuk generasi kedua Felda kerana itu adalah antara fokus utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap golongan itu.

“Jadi hari ini (semalam) kita dah beri taklimat terperinci agar kesemua pemohon memahami prosedur seterusnya dan memberi kerjasama sepenuhnya seperti dokumen lengkap untuk memudahkan proses pengagihan lot tanah itu.

“Proses seterusnya ialah mencari sumber pembiayaan untuk membina rumah di atas tapak tanah itu. Terpulang kepada mereka sama ada menggunaka­n wang sendiri atau pinjaman melalui FELDA hasil kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZAKAT PERNIAGAAN: Tuanku Syed Faizuddin (tiga kiri) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menerima replika cek sumbangan zakat perniagaan daripada Pembanguna­n Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF) yang...
— Gambar Bernama ZAKAT PERNIAGAAN: Tuanku Syed Faizuddin (tiga kiri) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menerima replika cek sumbangan zakat perniagaan daripada Pembanguna­n Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF) yang...
 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT BERTUGAS: Dr Ahmad Zahid (kiri) bersalaman dengan Mohamad Fuzi semasa menerima kunjungan Ketua Polis Negara itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT BERTUGAS: Dr Ahmad Zahid (kiri) bersalaman dengan Mohamad Fuzi semasa menerima kunjungan Ketua Polis Negara itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia