Utusan Borneo (Sarawak)

Raja muda perlis terima zakat rm1 juta daripada MIDF

-

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l semalam berkenan menerima pemberian zakat bernilai RM1 juta daripada Malaysian Industrial Developmen­t Finance (MIDF) Berhad.

Cek zakat tersebut dipersemba­hkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Najib Abdullah kepada baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Dewan Rumah Kanak-Kanak Arau di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Khairi Hassan; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Dr Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam titah ucapan baginda, Raja Muda memaklumka­n wang zakat yang diberikan oleh MIDF semalam akan digunakan untuk kos pembinaan Bangunan Wakaf MAIPsPerkh­idmatan Hemodialis­is Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bernilai RM6 juta.

Menurut Raja Muda pembinaan bangunan berkenaan di kawasan HTF Kangar adalah dengan kerjasama MAIPs dan HTF, untuk memberi rawatan hemodialis­is terbaik terutama kepada pesakit buah pinggang yang tidak berkemampu­an dan amat memerlukan.

Titah baginda, inisiatif itu dibuat memandangk­an kapasiti di Perlis sekarang hanya mempunyai 30 set mesin dialisis ditempatka­n di HTF sementara 35 unit lagi pemilikan di peringkat persendiri­an dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Raja Muda bertitah melalui pembinaan bangunan wakaf hemodialis­is itu nanti, pihak MAIPs berharap dapat menambah 40 unit lagi mesin dialisis sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang dengan matlamat akan mula beroperasi Jun 2019.

Baginda menambah, pihak MAIPs juga turut mengadakan kerjasama dengan Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (IBIM) untuk mempelbaga­ikan kaedah penyaluran sumbangan wakaf bagi pembinaan bangunan berkenaan.

Titah baginda, IBIM disertai oleh enam buah institusi kewangan Islam di negara ini bersedia memberi kemudahan kepada orang ramai memberi sumbangan wakaf untuk menampung dana pembinaan bangunan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Abd Kadir (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada penggantin­ya Toh sambil disaksikan oleh Zakaria ketika majlis Serah Tugas Panglima 11 Briged di Padang Kawad Marka Staf Stesen Sungai Buloh semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Abd Kadir (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada penggantin­ya Toh sambil disaksikan oleh Zakaria ketika majlis Serah Tugas Panglima 11 Briged di Padang Kawad Marka Staf Stesen Sungai Buloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia