Utusan Borneo (Sarawak)

JKR diminta kaji penyelesai­an banjir kilat di port dickson

-

SEREMBAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta menjalanka­n kajian terperinci bagi mencari penyelesai­an kepada kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata banjir kilat tersebut berkemungk­inan berpunca daripada pertembung­an antara air pasang besar di pantai dan juga jumlah curahan hujan yang banyak di kawasan itu.

“Kejadian banjir tersebut memang jelas kerana apabila hari hujan dan dalam pada masa yang sama air pasang besar menyebabka­n air hujan tersebut akan ditolak kembali ke pesisir pantai.

“Jadi dalam mesyuarat exco semalam, kita telah membincang­kan supaya pihak JKR meneliti secara terperinci kejadian berkenaan dan kita juga akan berusaha untuk mencari penyelesai­annya,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini, semalam.

Pada Ahad lepas, hujan lebat yang melanda selama dua jam di sekitar Port Dickson telah mengakibat­kan beberapa rumah penduduk serta beberapa jalan utama dinaiki air sehingga ke paras lutut. Bagaimanap­un tiada yang dipindahka­n.

Mohamad berkata adalah mustahil untuk kerajaan negeri membuat pintu air bagi menyekat kemasukan air dari laut ke darat ketika ia pasang.

“Tidak banyak yang anda boleh lakukan... kalau kita hendak membuat pintu air pun untuk elak dari air pasang besar tapi kalau hari hujan, kita (tetap) kena buka ( pintu air dan sudah pasti akan) berlaku pertembung­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia