Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks belia dan sukan rembau dibina tahun ini

-

SEREMBAN: Kompleks Belia dan Sukan Rembau dijangka akan memulakan pembinaann­ya dalam tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata difahamkan projek berkenaan sudah pun mendapat kelulusan dan ia akan dilaksanak­an oleh Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Dengar khabar tender sudah diberi dan kontraktor sedang menjalanka­n proses pembinaan yang akan mengambil masa dua ke tiga tahun untuk siap. Ini akan memberi peluang kepada orang ramai di Rembau untuk beriadah.

“Kompleks itu kelak akan berkonsepk­an seperti di Kombes (Kompleks Belia dan Sukan) Paroi, Seremban dengan fasiliti seperti padang, trek balapan, dewan badminton dan juga bilik asrama untuk kegunaan penggiat sukan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Pada 4 Sept tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengumumka­n Kompleks Belia dan Sukan Rembau akan dibina di kawasan seluas 6.07 hektar dan dijangka siap akhir 2018 dengan kos pembinaan RM27 juta.

Pengumuman itu dibuat Khairy selepas merasmikan Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Rembau, di sini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kompleks sukan berkenaan juga akan dilengkapi dengan lampu limpah bagi kegunaan di waktu malam kepada mereka yang tidak berkelapan­gan melakukan aktiviti riadah di waktu siang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia