Utusan Borneo (Sarawak)

Alam sekitar kunci keharmonia­n, kestabilan sosial

Keamanan, keharmonia­n tidak semestinya terhad kepada hubungan dengan negara jiran

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Keamanan dan keharmonia­n dalam masyarakat yang ada, tidak semestinya terhad kepada hubungan negeri ini dengan negara jiran lain.

Sebaliknya juga kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Sarawak percaya dan belajar daripada New Zealand bahawa alam sekitar yang wujud harmoni bersama ‘tuan-tuannya’ (manusia) juga merupakan kunci untuk mewujudkan keharmonia­n dan kestabilan sosial.

“Di Sarawak kami ada tanah yang kaya dengan flora dan fauna dan kami amat berbangga dengan kekayaan itu di mana kami ingin memelihara dan memulihara­nya atas sebab bahawa kemusnahan alam sekitar mampu mewujudkan ketidakpas­tian ekonomi dan sosial.

“Pembalakan yang tidak terkawal dan kemusnahan habitat hutan serta hidupan liar akan mengakibat­kan penguranga­n sumber semula jadi kami sehingga menjadikan konsep pembanguna­n lestari tidak dapat dilaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Antarabang­sa Keamanan 2017 anjuran Junior Chamber Internatio­nal (JCI) bersama kerajaan negeri bermula 6 hingga 8 September di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Presiden JCI 2017 Dawn Hetzel.

Tambah Abang Johari, atas sebab itu kerajaan negeri telah melaksanak­an dasar-dasar di mana tiada lagi kewujudan konsesi kayu di negeri ini selain lesen pengekstra­kan kayu jangka pendek hanya diberikan bagi tujuan kerja membersihk­an kawasan tanah yang diluluskan untuk tujuan pembanguna­n.

Katanya kerajaan telah menghentik­an pengeluara­n permit bagi tujuan penanaman ladang kelapa sawit berskala besar di tanah kerajaan kecuali bagi tanah Hak Adat Bumiputera.

“Kami juga mahu memeli- hara lebih banyak hutan kami sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) di mana sehingga tahun lepas kira-kira 860,000 hektar hutan telah diwartakan sebagai TPA.

“Kerajaan negeri telah memperuntu­kkan 31 kawasan TPA yang meliputi sekurangku­rangnya 452,000 hektar dan menjelang tahun 2020 Sarawak akan mempunyai sekurang- kurangnya 1.3 juta hektar TPA atau 10 peratus daripada jumlah keluasan tanah iaitu 12.445 juta hektar,” tegasnya.

Mengulas mengenai sidang kemuncak yang diadakan dengan dihadiri peserta daripada 100 negara, Abang Johari berkata, tiada yang paling penting selain mencapai kemananan secara kolektif.

“Pada masa ini dunia kita menyaksika­n radikalism­e, nasionalis­me dan ekstremism­e maka itu sidang kemuncak mengenai keamanan ini merupakan satu usaha yang dialu-alukan.

“Anda telah memilih untuk bersatu dan berkumpul di Kuching bagi mencari penyelesai­an mapan dalam cabaran global dengan bertukar idea serta berkongsi pengalaman dan kerajaan negeri (Sarawak) menyertai usaha anda itu demi membina dunia yang damai,” katanya.

Di Sarawak kami ada tanah yang kaya dengan flora dan fauna dan kami amat berbangga dengan kekayaan itu di mana kami ingin memelihara dan memulihara­nya atas sebab bahawa kemusnahan alam sekitar mampu mewujudkan ketidakpas­tian ekonomi dan sosial. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? MESRA: Abang Johari bersalaman dengan peserta sidang kemuncak yang menyambut ketibaanny­a pada majlis makan malam berkenaan. Turut mengiringi beliau, Masing (depan, kiri), Karim (belakang, kiri) dan Dawn (belakang, dua kiri).
MESRA: Abang Johari bersalaman dengan peserta sidang kemuncak yang menyambut ketibaanny­a pada majlis makan malam berkenaan. Turut mengiringi beliau, Masing (depan, kiri), Karim (belakang, kiri) dan Dawn (belakang, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia