Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan guna konsep Jiwa Murni diteliti: Masing

Namun kerajaan akan bertindak tegas memastikan kenderaan berat tidak dapat melaluinya

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri sedang meneliti untuk membina jalan ke kawasan luar bandar menggunaka­n konsep Jiwa Murni yang dikendalik­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membolehka­n pendudukny­a terus dihubungka­n.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, namun kali ini kerajaan akan menggunaka­n tindakan tegas dengan melaksanak­an penguatkua­saan termasuk meletakkan rangka penyokong (gantry) agar kenderaan berat tidak dapat melaluinya.

“Kita melihat jalan Jiwa Murni bukan sahaja melibatkan kos rendah tetapi amat penting sebagai pendekatan untuk kita menghubung­kan masyarakat luar bandar berbanding kita menunggu jalan dibina Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kita melihat jalan Jiwa Murni bukan sahaja melibatkan kos rendah tetapi amat penting sebagai pendekatan untuk kita menghubung­kan masyarakat luar bandar berbanding kita menunggu jalan dibina Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Namun menyedari jalan ini hanya sesuai digunakan oleh pengguna kenderaan biasa dan tahu akan ada pihak tidak mematuhi arahan terutama kenderaan berat atau lori balak melaluinya, kita juga akan mengenakan tindakan tegas,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hadiah Tajaan Kejohanan Golf Terbuka Master Amatur Sarawak Ke-10 di sini, semalam.

Tambah beliau, pihaknya akan bertegas sehingga pihak berkaitan mematuhi arahan kerana jika ia tidak dilaksanak­an penduduk luar bandar tidak dapat menikmati akses jalan.

“Jika kita mahu menghubung­kan rakyat, kita perlu melaksanak­an jalan Jiwa Murni berbanding kita menunggu jalan penghubung berkualiti yang memakan masa lama untuk disiapkan kerana kos tinggi.

“Cuma bagi jalan Jiwa Murni kita mungkin perlu lebih tegas siapa yang sepatutnya menggunaka­n jalan itu, jalan Jiwa Murni bukan untuk lori balak atau kenderaan berat tetapi pengguna kenderaan biasa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Masing berkata untuk pembinaan jalan Jiwa Murni ia menelan kos RM3,000 bagi setiap satu kilometer (km) tetapi pembinaan jalan JKR iaitu R3, ia boleh menelan kos RM10,000 hingga RM15,000 per km.

Maka itu kerajaan perlu meneliti pendekatan lain dalam menghubung­kan rakyat melalui jalan termasuk Jiwa Murni yang kini tekniknya banyak berubah dan telah dibukti.

Berhubung jalan Jiwa Murni di Ba’Kelalan yang rosak teruk, kementeria­n kata beliau dalam proses menaik taraf jalan berkenaan yang terjejas akibat digunakan oleh pengguna tidak sepatutnya.

“Maka itu saya menyatakan kita perlu tegas dan menguat kuasa arahan dengan mem-

Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

bina rangka penyokong agar lori balak serta kenderaan berat tidak dapat masuk,” katanya sambil memberitah­u lori balak perlu mencari pendekatan jalan mereka sendiri dan tidak harus mementingk­an diri dengan menggunaka­n jalan awam.

 ??  ?? HADIAH UTAMA: Masing bersama pengerusi pengelola kejohanan Dato Sri Thomas Lau (kanan) beraksi dengan kereta Toyota Fortuner yang menjadi rebutan pemain Golf bagi kejohanan yang bakal diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober 2017.
HADIAH UTAMA: Masing bersama pengerusi pengelola kejohanan Dato Sri Thomas Lau (kanan) beraksi dengan kereta Toyota Fortuner yang menjadi rebutan pemain Golf bagi kejohanan yang bakal diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia