Utusan Borneo (Sarawak)

Pembalak haram ditahan hingga kes disebut di mahkamah

Kaji semula undang-undang berkaitan bagi kenakan tindakan lebih tegas

-

CHUKAI: Kementeria­n Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan mengkaji semula undang-undang berkaitan bagi mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap pihak yang mengancam pegawainya dalam isu pembalakan haram.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata menerusi undang-undang baharu kelak beliau mahu pembalak haram yang ditangkap ditahan sehingga kes mereka dibicaraka­n di mahkamah.

“Kita mahu mereka ini ditahan di lokap sehingga hari perbicaraa­n. Jika dilepaskan kita bimbang dia akan mengancam nyawa pegawai kita.

“Jika sekiranya mereka itu orang luar, ada kemungkina­n dia akan pulang ke negara asalnya dan kita tak boleh lagi ambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Hutan Antarabang­sa dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan 2017 di Hutan Simpan Bakau Tinggi, di sini semalam.

Kita mahu mereka ini ditahan di lokap sehingga hari perbicaraa­n. Jika dilepaskan kita bimbang dia akan mengancam nyawa pegawai kita. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Azimuddin Bahari.

Wan Junaidi berkata tindakan itu perlu dilakukan segera memandangk­an sejak kebelakang­an ini pegawai perhutanan­nya berdepan tindakan ganas dipercayai ‘ konco- konco’ pembalak haram yang dikenakan tindakan.

“Ada pegawai yang kena tahan di tengah jalan dan dikurung sekejap kerana pembalak haram nak rampas balik jentera dan kayu-kayu balak yang telah ditahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pembalak haram terbabit berani bertindak demikian kerana mengetahui pegawai keselamata­n perhutanan tidak membawa senjata.

“Jadi kita harap undang-undang jenayah dapat dikuasakan terhadap mereka misalnya di bawah kesalahan menghalang pegawai kerajaan menjalanka­n tugas dan tuduhan-tuduhan lain yang mereka lakukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Wan Junaidi (dua kiri) tertarik dengan jentera ‘Log Fisher’ yang digunakan untuk tujuan pembalakan sewaktu meninjau kawasan pembalakan di Hutan Simpan Sungai Petuang, Hulu Terengganu semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Wan Junaidi (dua kiri) tertarik dengan jentera ‘Log Fisher’ yang digunakan untuk tujuan pembalakan sewaktu meninjau kawasan pembalakan di Hutan Simpan Sungai Petuang, Hulu Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia