Utusan Borneo (Sarawak)

Nerosha, Musayyar berjaya ke final kategori Open, Remaja dan Classified boling antarabang­sa

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Dua atlet Sarawak, Nerosha Keligit Thiagaraja­n dan Musayyar Khalid mengintai podium selepas berjaya menempah tiket ke final kategori Open, Remaja dan Classified Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2017.

Nerosha yang merupakan pemenang enam pingat emas SUKMA 2016 beraksi cemerlang pada hari kedua kejohanan itu semalam untuk mendominas­i kategori remaja skuad A dengan kutipan 3,542 pin.

Beliau yang mewakili skuad remaja kebangsaan pada kejohanan itu turut tampil dengan aksi konsisten dalam acara Open apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam skuad A di belakang pendahulu, Chong Jun Fo dengan kutipan 3,542.

“Saya harap dapat megekalkan prestasi semasa peringkat kelayakan dan memenangi podium di Terbuka Sarawak. Ia kejohanan pertama di sini dan saya amat berharap untuk menjuarain­ya.

“Saya lebih yakin untuk menang dalam kategori Remaja kerana kategori Open lebih mencabar di mana saya perlu bersaing dengan ramai idola saya seperti Shalin Zulkifli, Rafiq Ismail, Alex Liew dan ramai lagi,” ujar atlet berusia 21 tahun itu semalam.

Menurut Nerosha, beliau berasa gembira kerana dapat melangkah ke final untuk bertemu dengan ramai bintang boling pada perlawanan akhir kelak.

Meskipun akui sedikit gugup kerana bakal berdepan ramai jaguh boling ternama, Nerosha tetap menyifatka­n ia satu penghormat­an baginya kerana dapat bertanding bersama atlet kebangsaan lain seperti Shalin Zulkifli.

“Beliau ( Shalin) memberikan inpirasi kepada saya dan saya mahu menjadi seperti dia, bagaimana cara beliau mendapatka­n motivasi dan mengekalka­n semangat dalam setiap perlawanan,” tambah Nerosha.

Bagi Musayyar, beliau akan cuba memberikan yang terbaik untuk mengharumk­an Sarawak apabila turut berentap dalam acara final kategori Classified dan Remaja.

Pelajar SMK Tabuan Jaya yang juga atlet bayangan SUKMA Sarawak itu juga enggan terlalu yakin kerana percaya saingan akan lebih sengit pada peringkat final nanti.

Musayyar yang bersaing dalam skuad A mara ke final selepas menduduki kedudukan kedua dalam kategori Classified dengan mengumpul 3,347 pin dan 3,427 dalam kategori Remaja.

Beliau mewakili Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS).

Atlet Sarawak lain yang hampir pasti mengesahka­n slot ke final antaranya Chong Jun Foo (Open, Classified), Mohd Uzair Irsyad (Open, Remaja) dan Daniel Tan (Open, Classified).

Perlawanan akhir Classified melibatkan 40 peserta teratas sebanyak lapan perlawanan akan bermula jam 9.30 pagi ini di Megalane Batu Kawa.

Final kategori Remaja juga melibatkan 40 peserta teratas sebanyak lapan perlawanan berlangsun­g sebelah petang bermula jam 2.30 petang ini.

Manakala final Open akan berlangsun­g esok dengan 40 peserta teratas berentap pada jam 9 pagi.

Enam peserta teratas dari sesi final sebelah pagi akan berentap semula dalam kategori ‘stepladder’ bermula jam 3 petang.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari (tengah) bergambar kenangan bersama Exco SAHA diketuai Dr Abdul Rahman (lapan kanan) dan Ik Pahon (tujuh kiri).
KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari (tengah) bergambar kenangan bersama Exco SAHA diketuai Dr Abdul Rahman (lapan kanan) dan Ik Pahon (tujuh kiri).
 ??  ?? KIBAR CABARAN: Nerosha (kiri) dan Musayyar sedia memberikan yang terbaik pada perlawanan final hari ini.
KIBAR CABARAN: Nerosha (kiri) dan Musayyar sedia memberikan yang terbaik pada perlawanan final hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia