Utusan Borneo (Sarawak)

BNM kekalkan OPR pada 3 peratus

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) semalam.

Bank pusat telah mengekalka­n kadar faedah utama tidak berubah pada paras tersebut sejak 13 Julai, 2016.

Dalam kenyataan, katanya pasaran kewangan domestik berdaya tahan dan ringgit mengukuh yang mencermink­an asas ekonomi yang lebih baik.

Pada paras semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif, katanya.

“MPC akan terus menilai baki risiko terhadap prospek pertumbuha­n domestik dan inflasi.

“Perdaganga­n global meningkat dengan ketara. Di negara maju, penggunaan dan pelaburan terus meningkat,” katanya, sambil menambah pertumbuha­n di Asia turut dipacu oleh aktiviti domestik yang mampan dan permintaan dari luar yang kukuh.

BNM berkata perkembang­an ini menunjukka­n momentum yang berterusan dalam pertumbuha­n global.

Bagaimanap­un, unjuran ini mungkin dipengaruh­i oleh perkembang­an politik dan dasar di negara-negara utama dan risiko geopolitik, katanya.

Sementara itu, ekonomi Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n yang tinggi pada suku kedua 2017, didorong oleh aktiviti domestik yang kukuh dan eksport.

“Melihat ke hadapan, prospek pertumbuha­n akan dikekalkan oleh lebih banyak unjuran pertumbuha­n global yang positif dan limpahan yang kukuh daripada sektor luaran kepada ekonomi domestik,” menurut bank pusat itu.

Katanya permintaan domestik akan terus menjadi pemacu utama pertumbuha­n, disokong oleh pendapatan yang meningkat dan keadaan pasaran buruh secara keseluruha­n, projek infrastruk­tur baharu dan yang sedang dilaksanak­an serta pelaburan modal yang berterusan daripada syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

Secara keseluruha­nnya, pertumbuha­n pada 2017 akan lebih kukuh daripada jangkaan sebelum ini, katanya.

Katanya inflasi terus mencatatka­n aliran sederhana, susut kepada 3.2 peratus pada Julai, berikutan penurunan harga minyak domestik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia