Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan besar pempamer Malaysia sertai Pesta Makanan Cologne

-

FRANKFURT: Kontinjen terbesar pempamer produk makanan dan minuman Malaysia dijangka menyertai pameran perdaganga­n Allgemeine Nahrungs-und Genussmitt­el-Ausstellun­g (ANUGA) 2017 di Cologne, mulai 7 Okt.

Menerusi 56 peserta Malaysia, dengan 40 peserta mengambil bahagian di bawah payung Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), akan bersaing dengan pempamer lain dari seluruh dunia bagi berkongsi pasaran makanan dan minuman global.

Pejabat MATRADE di Frankfurt sudah membuat persiapan untuk penyertaan pempamer, dengan membantu mereka dalam urusan pemprosesa­n penyertaan dengan Messe Köln, agensi promosi pameran perdaganga­n yang berpejabat di Cologne, serrta pelbagai urusan lain.

Pameran ANUGA yang berlangsun­g secara dwi-tahunan, dianggap sebagai pameran makanan terbesar di dunia.

“Industri makanan dan minuman Malaysia pesat berkembang dan kini telah memasuki pasaran eksport global. Eksport makanan dan minuman utama Malaysia ialah dalam sektor minyak dan lemak, terutama produk berasaskan minyak sawit, dengan negara mencapai keunggulan menjadi antara dua pengekspor­t terbesar dunia,” kata Pesuruhjay­a Perdaganga­n Malaysia di Frankfurt Badrul Hisham Hilal kepada Bernama.

Syarikat-syarikat Malaysia memperoleh pengalaman luas dalam menyokong syarikat multinasio­nal utama yang terlibat dalam pengeluara­n produk makanan di Malaysia, termasuk beberapa nama besar seperti Nestle, Ajinomoto, Campbell, Cargill, Mafipro, Dutch Lady, Kerry Ingredient­s, Yakuli dan Coca-Cola.

Para peserta pameran Malaysia di ANUGA 2017 akan mengetenga­hkan makanan sejuk beku, kuih-muih, sos dan pasta, minuman dan ramuan makanan.

Industri pemprosesa­n makanan merupakan antara industri tertua di Malaysia, yang menyumbang kira-kira 10 peratus daripada pengeluara­n perindustr­ian negara.

“Malaysia kini mengekspor­t makanan dan minuman ke lebih 200 negara. Eksport sektor makanan dan minuman melebihi AS$4.8 bilion pada 2016. Saiz pasaran Malaysia juga sangat menarik dengan nilai pasaran sebanyak AS$ 32.6 bilion,” kata Badrul.

Satu pavilion besar akan dibuka, masing-masing di Dewan 4.2 dan Dewan 1.1 pusat pameran besar di Cologne.

Eksport makanan Malaysia berusaha mengenal pasti pasaran baharu susulan peningkata­n jumlah penduduk dunia yang gemarkan hidangan pedas Asia - yang digambarka­n sebagai makanan eksotik - hasil daripada interaksi yang semakin meningkat antara benua dan kemudahan perjalanan dari satu wilayah ke kawasan yang lain.

Kehadiran masyarakat Asia yang semakin ramai di pasaran utama dunia juga menyumbang kepada trend ini.

Jumlah dagangan Malaysia bagi Jun 2017 melonjak 7 peratus kepada RM 136.26 bilion, meningkat berbanding RM127.38 bilion pada Jun 2016.

Dagangan dengan China, India, Jepun, Kesatuan Eropah, ASEAN, Amerika Syarikat, Taiwan dan Republik Korea berkembang pada kadar yang mengagumka­n.

Eksport global Malaysia sepanjang enam bulan pertama 2017 berjumlah RM451 bilion (+ 21.5 peratus) manakala import ke Malaysia dalam tempoh yang sama berjumlah RM408 bilion (+ 23.3 peratus).

Eksport Malaysia ke Jerman pada 2016 berjumlah RM22.295 bilion manakala import dari Jerman berjumlah RM24 bilion pada tahun yang sama.

Dalam tempoh Januari-Jun 2017, eksport Malaysia ke Jerman berjumlah RM13.147 bilion manakala import dari Jerman berjumlah RM12.273 bilion.

Pakar Malaysia mengunjurk­an produk makanan yang diproses mampu menjadi pencetus perubahan dalam perdaganga­n luar Malaysia dan mewujudkan pangkalan yang kukuh untuk Malaysia sebagai pembekal produk makanan berkualiti di pasaran global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia