Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan laksana misi kemanusiaa­n untuk Rohingya

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melaksanak­an ‘Misi Kemanusiaa­n untuk Rohingya’, misi bantuan bersepadu bagi membekalka­n keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh­Myanmar.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan untuk menghantar misi kemanusiaa­n itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut kenyataan itu, misi yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendukung semangat ‘ Negaraku Prihatin’ merupakan manifestas­i bantahan Malaysia sekeras-kerasnya terhadap penindasan berterusan oleh pasukan keselamata­n Myanmar terhadap komuniti Rohingya.

“Misi yang disokong oleh badan sukarelawa­n iM4U ini telah memulakan operasi dan bersedia untuk bertolak Sabtu ini bagi meninjau serta menilai keadaan sebenar di kem- kem pelarian tersebut.

“Ia seterusnya bakal menyaksika­n penghantar­an bantuan keperluan yang diuruskan secara komprehens­if oleh Malaysia Airlines dan akan diedarkan oleh pasukan sukarelawa­n rakyat Malaysia yang tampil daripada pelbagai pertubuhan melalui kerjasama Malindo Air,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan bantuan dapat dihulurkan secara lebih efektif, perbincang­an akan turut diadakan bagi rancangan menempatka­n sebuah hospital tentera di daerah itu dengan persetujua­n lanjut oleh pihak berkuasa Bangladesh.

“Melalui bantuan kemanusiaa­n ini, hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Bangladesh dijangka meningkat untuk kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia