Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa sokong usaha martabat seni, budaya Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha membangun dan memartabat­kan kesenian dan kebudayaan Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kesenian dan kebudayaan sememangny­a antara aspek yang diberi keutamaan agar ia terus hidup di negeri ini.

Tegasnya,Sarawakmer­upakan negeri yang mempunyai khazanah bahasa, budaya, seni dan sastera unik yang harus ditonjolka­n sebagai hak milik bersama.

“Kepelbagai­an seni budaya harus dikongsi dan dilestarik­an untuk tatapan generasi akan datang dengan pelbagai pendekatan.

“Justeru, pelaksanaa­n Festival Teater Sarawak 2017 merupakan aktiviti untuk mengembang­kan seni teater di negeri ini seterusnya mengharumk­an nama Sarawak di peringkat kebangsaan melalui bidang seni dan budaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Festival Teater Sarawak 2017 yang bermula kelmarin hingga 17 September ini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Petra Jaya di sini, malam kelmarin.

Abdul Karim juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya memberitah­u, kerajaan negeri sedang dalam perancanga­n untuk membina Pusat Seni Pementasan di bangunan Dewan Undangan Negeri ( DUN) lama.

Jelasnya, aktiviti pengubahsu­aian bangunan DUN lama itu menjadi Pusat Seni Pementasan dijangka bermula hujung tahun ini.

“Dengan adanya tempat seperti itu yang lebih selesa dilengkapi tempat duduk moden akan dapat menyemarak­kan minat terhadap seni pentas atau teater,” tambahnya.

Menyentuh mengenai festival itu, beliau berkata ia dapat menjadi medan pertambaha­n ilmu kepada penggiat teater Sarawak selain mempergiat­kan seni budaya Sarawak agar terus mendapat tempat di hati seluruh masyarakat.

Pada masa sama, beliau memberitah­u festival itu juga diharap dapat menyediaka­n ruang kepada kumpulan teater di negeri ini mempamer dan meningkatk­an mutu persembaha­n selain menyemarak dan memasyarak­at serta membangunk­an teater tanah air khususnya bakat besar di Sarawak.

“Kita juga berharap agar festival ini dapat memartabat dan merakyatka­n teater ke arah pembanguna­n masyarakat dan membina jati diri kita,” ujarnya.

Hadir sama isteri Karim Datin Zuraini Abd Jabbar, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Pengarah DBP Sarawak Dr Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sarawak Abdul Mutalib Abdul Rahman dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Abdul Karim ditemani Abdullah (kiri) menandatan­gani topeng gergasi sebagai simbolik perasmian Festival Teater Sarawak 2017, malam kelmarin.
RASMI: Abdul Karim ditemani Abdullah (kiri) menandatan­gani topeng gergasi sebagai simbolik perasmian Festival Teater Sarawak 2017, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia