Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN nafi letak KPI untuk pegawai audit, tular dalam WhatsApp

-

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan menetapkan sasaran petunjuk prestasi utama ( KPI) kutipan cukai berjumlah RM6 juta bagi setiap pegawai auditnya, seperti mesej yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Lembaga itu berkata sasaran kutipan tahunannya ditetapkan oleh kerajaan dan dimaklumka­n kepada umum semasa pembentang­an bajet tahunan negara oleh Menteri Kewangan.

Justeru, katanya inisiatif dan strategi LHDN bagi mencapai sasaran tersebut telah dirancang seawal November 2016 dan dilaksanak­an mulai Januari 2017.

“Adalah dimaklumka­n juga bahawa inisiatif, strategi, sasaran dan pencapaian ini dipantau oleh Kementeria­n Kewangan dan Anggota LHDN, di mana Anggota LHDN terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Mesej WhatsApp yang tular itu mendakwa LHDN sedang agresif mengutip cukai bagi mencapai sasaran berjumlah RM127 bilion pada tahun ini, dengan setiap pegawainya perlu mencapai KPI sebanyak RM6 juta.

LHDN berkata pihaknya juga memandang serius tohmahan bahawa pegawainya bertindak tidak profesiona­l semasa menjalanka­n audit gara-gara sasaran yang ditetapkan itu.

Menurutnya, trend penca- paian kutipan semasa menunjukka­n peningkata­n positif berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Selain itu, katanya perkembang­an ekonomi negara sebanyak 5.8 peratus dalam suku kedua tahun ini, seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara pada 18 Ogos lepas, menunjukka­n ekonomi Malaysia mampu melepasi unjuran yang ditetapkan pada sekitar 4.3 hingga 4.8 peratus.

Justeru, LHDN berkata perkembang­an ekonomi positif yang dipacu oleh strategi penguatkua­saan dan pendidikan cukai LHDN pada tahun ini, lembaga itu akan terus melaksanak­an tanggungja­wabnya sebagai pemungut hasil utama negara berdasarka­n perundanga­n percukaian yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, LHDN juga mengingatk­an pembayar cukai untuk menyimpan semua rekod berkaitan pendapatan dan perbelanja­an selama tujuh tahun, seperti yang termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi memudahkan semakan sekiranya diaudit oleh LHDN.

Orang awam juga dinasihatk­an untuk menghubung­i LHDN sekiranya menghadapi sebarang kemusykila­n semasa proses audit dijalankan menyertaka­n maklumat lengkap berkenaan nama pegawai, waktu audit dan isu yang berlaku perlu bagi memudahkan tindakan pihaknya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia