Utusan Borneo (Sarawak)

Perkembang­an eSports di kalangan kita

-

SUATU ketika dahulu, ramai yang berasakan bahawa permainan komputer adalah sesuatu yang membazir masa.

Namun, kini dianggarka­n terdapat 148 juta peminat sukan elektronik atau ‘eSports’ di seluruh dunia dan menurut ‘Laporan Pasaran eSports Sedunia 2017’ oleh Newzoo – sebuah pembekal maklumat pasaran global yang meliputi pasaran permainan elektronik, eSports dan mudah alih – jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 286 juta menjelang tahun 2020

Selain itu, menjelang 2020 industri eSports akan dijangka menjana AS$1.5 bilion di seluruh dunia, hasil daripada hak media, pengiklana­n, penajaan, perdaganga­n dan tiket, serta yuran penerbitan.

Di masa ini, antara negara maju di mana eSports berkembang pesat adalah Korea Selatan, Amerika, Jerman, China, Kanada dan Denmark.

Sarawak juga tidak terkecuali daripada fenomena global ini kerana semakin ramai orang di negeri yang berminat dalam eSports.

Pada tahun 2015, sebuah badan untuk sukan elektronik di Malaysia – eSports Malaysia (eSM) – telah menubuhkan sebuah cawangan di Sarawak untuk membantu menyokong aktiviti eSports yang semakin meningkat di negeri ini.

Pertumbuha­n eSports di peringkat negeri ini dapat disaksikan melalui peningkata­n jumlah pertanding­an ‘Dota 2’ yang kerap dianjurkan untuk pemain.

Selain jelas kelihatan bahawa ia bakal menjadi salah satu sukan yang paling lumayan di zaman moden ini, eSport juga terbukti mendatangk­an manfaat kepada pemain dalam aspek-aspek lain.

Satu kajian yang dijalankan oleh firma penyelidik­an Foundry10 mendapati bahawa eSports membawa faedah kognitif, kerana pemain-pemain dikatakan boleh menjejaki pelbagai objek dengan lebih baik berbanding dengan kebanyakan orang.

Sebagai contoh, seperti kebanyakan permainan dalam eSports, Dota 2 adalah permainan arena pertempura­n online yang memerlukan lebih daripada satu ahli dalam satu pasukan. Oleh itu, ia meningkatk­an semangat kerjasama sebagai pasukan, kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal, daya refleks dan kemahiran membentuk strategi.

Sebagai industri yang semakin meningkat saban tahun, lebih ramai orang melihat eSports sebagai kerjaya yang serius walaupun ia adalah pilihan baru dan bukan pilihan yang konvension­al.

Walaupun tidak semua akan dapat menjadi pemain profesiona­l yang berjaya, anda boleh mencari kerjaya lain yang bermanfaat dalam industri eSports seperti sebagai penganalis­is, pencipta permainan digital, eksekutif pemasaran dan jualan, pakar media sosial, pengurus acara, krew produksi dan penyiaran, serta ejen.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anakanak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia