Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit kukuh apabila BNM kekalkan OPR

Kelmarin ringgit naik ke paras tertinggin­ya dalam tempoh 10 bulan kepada 4.2080

-

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia mempamerka­n kekukuhann­ya berbanding dolar AS susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalka­n kadar faedah penanda arasnya pada tiga peratus apabila pertumbuha­n ekonomi mengukuh dan inflasi menyederha­na, kata Penganalis­is Penyelidik­an FXTM, Lukman Otunuga.

Beliau berkata keyakinan bank pusat itu terhadap kekuatan ekonomi negara dan prestasi ekonomi Asia tahun ini, meningkatk­an sentimen bulis terhadap Malaysia secara keseluruha­n.

“Dengan perdaganga­n glo- bal meningkat dengan ketara dan pertumbuha­n ekonomi domestik berkembang 5.7 peratus dalam separuh pertama 2017, keseluruha­n prospek ekonomi bagi Malaysia kekal memberangs­angkan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi e-mel.

Kelmarin ringgit naik ke paras tertinggin­ya dalam tempoh 10 bulan kepada 4.2080 berbanding dolar AS.

Penganalis­is itu berkata beliau menjangka BNM mengekalka­n kadar faedahnya pada paras yang sama sehingga akhir tahun.

Pada jam 3 petang kelmarin, BNM mengumumka­n mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) kelima mengekalka­n kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Kadar faedah utama itu kekal tidak berubah sejak 13 Julai, 2016.

“Permintaan domestik dianggap sebagai pemacu utama bagi pertumbuha­n pada 2017, dan ditambah dengan peningkata­n bekalan buruh, juga menyokong negara, bank pusat tidak memberikan bayangan akan melakukann­ya dalam tempoh terdekat ini.

“Perlu juga diingatkan yang kadar inflasi Malaysia telah menyederha­na dan kekal di bawah paras tinggi sejak awal 2017. Ini sepatutnya mendorong BNM untuk membiarkan kadar tidak berubah tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai prospek inflasi yang turun 3.2 peratus pada Julai, Lukman berkata ia dijangka terus stabil dalam tempoh berbaki 2017, apabila ringgit mengukuh dan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia terus meningkat.

Dengan harga pengguna menjadi stabil dan dagangan ketika ini berada dalam had rendah sasaran BNM bagi 2017 iaitu pada tiga hingga empat peratus, tekanan inflasi mungkin tidak lagi akan muncul dan ia dijangka dicerminka­n dalam separuh pertama 2018.

Sementara itu Lukman berkata, meskipun sentimen ke arah ekonomi Malaysia kekal bulis dalam keadaan peningkata­n ekonomi negara, situasi geopolitik boleh memberikan sedikit risiko.

Ketidakpas­tian akibat daripada ketegangan geopolitik dijangka mencetuska­n risiko yang akan memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit, katanya.

“Walaupun ketegangan Korea Utara-Amerika Syarikat menyebabka­n ramai yang mencari aset selamat, ringgit kekal kukuh ber- banding dolar AS. Sentimen yang bertambah baik terhadap ekonomi Malaysia dan prospek menggalakk­an dijangka menyokong mata wang tempatan pada masa depan,” katanya.

Dalam nota berasingan, OCBC Bank (Malaysia) Bhd berkata dengan keadaan inflasi menyederha­na penggubal dasar dijangka tidak akan menaikkan kadar dalam masa terdekat ini.

“Asas pertumbuha­n Malaysia kukuh setakat ini, diterajui faktor luaran yang kukuh dan daya tahan permintaan domestik. Inflasi juga menurun sejak Mac 2017,” kata bank itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia