Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang Fresenius Medical hasilkan lima juta beg CAPD

-

NILAI: Kilang pembuatan serantau Fresenius Medical Care Production Sdn Bhd di Bandar Enstek, di sini, akan menghasilk­an sebanyak lima juta beg Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) setahun, yang akan digunakan untuk pesakit buah pinggang peringkat akhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Fresenius Medical Care Asia Pasifik, Harry de Wit berkata, kilang tersebut, yang juga akan menjadi hab pengeluara­n utama di Asia, akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dari segi penggantia­n import, pelaburan, pekerjaan dan eksport lebih RM1 bilion.

“Kilang di Enstek, menjadi kilang ke-38 di peringkat global, akan menambah dimensi baharu kepada operasi kami di Malaysia … apa yang anda lihat hari ini merupakan fasa pertama pelaburan dan pelan pembanguna­n kami bagi Enstek.

“Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk menghasilk­an kira-kira lima juta beg setahun. Dalam fasa yang berbeza, kilang itu akan meningkatk­an kepada 25 juta beg.

“Dari sini, kami akan mengekspor­t ke negaranega­ra ASEAN dan Asia Selatan,” katanya pada majlis perasmian kilang tersebut di sini kelmarin.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan, Datuk Dr Chen Chaw Min, merasmikan acara itu.

de Wit, yang juga Presiden Fresenius Medical Care Asia Pasifik, berkata dengan kilang tersebut, syarikat akan memindahka­n teknologi terkini, peralatan dan pengetahua­n ke Malaysia.

“Dengan pencapaian penting ini, kami akan lebih dekat dengan pesakit di negara ini dengan menawarkan hasil rawatan terbaik tanpa perlu diimport.

“Dengan pengeluara­n kami di Enstek, kami kini menjadi pengeluar CAPD tempatan pertama di negara ini dan akan memastikan bekalan tempatan yang mencukupi untuk pesakit di Malaysia… hanya dengan kerjasama awam- swasta, kami dapat mencapai apa yang terbaik untuk negara,” katanya.

CAPD, dialisis yang menggunaka­n lapisan abdomen pesakit untuk menapis bahan buangan daripada darah dan pesakit boleh melakukan CAPD di rumah mereka.

Sementara itu, Chen berkata, kemudahan ini merupakan projek terkini yang berjaya disiapkan di bawah 14 Projek Permulaan (EPP 14) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan ia adalah kilang pembuatan CAPD yang pertama di Malaysia.

“Projek WAU Fresenius Medical Care merupakan antara EPP… Projek ini menghasilk­an produk utama – hemodialis­is berkualiti dan cecair dialisis peritoneal yang menggunaka­n teknologi terkini.

“Jumlah pelaburan Projek WAU adalah lebih RM260 juta dengan potensi untuk menjana penjimatan penggantia­n import sebanyak RM660 juta kepada sistem penjagaan kesihatan negara,” katanya.

Kementeria­n mengiktira­f kelebihan CAPD yang boleh dilakukan oleh pesakit di rumah, memberi pilihan gaya hidup yang lebih baik dan terapi ini juga mempunyai manfaat fisiologi kepada pesakit termasuk mengekalka­n fungsi buah pinggang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia