Utusan Borneo (Sarawak)

TEBING SUNGAI MENDAP, EMPAT KELUARGA DIARAH PINDAH

-

LUNDU: Empat keluarga terdiri daripada 15 penghuni di Kampung Sileng Dayak di sini diarah berpindah ekoran berlaku mendapan tanah di tebing Sungai Lundu, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, empat keluarga terbabit yang menetap di empat rumah terdiri daripada 10 dewasa dan lima kanak-kanak diarah mengosongk­an rumah masing-masing dari jam 2.30 petang.

Menurutnya, arahan tersebut terpaksa dikeluarka­n selepas sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpana­n perkakas kebun telah runtuh dan ‘ditelan’ sungai tersebut.

“Didapati sebuah rumah jenis tidak kekal yang dijadikan stor penyimpana­n peralatan berkebun di tebing sungai tersebut telah runtuh dan ditenggela­mi air sungai.

“Susulan itu, 15 penghuni empat rumah di kawasan tersebut juga diarah berpindah memandangk­an paras air Sungai Lundu dijangka meningkat dan dikhuatiri akan menjejaska­n keselamata­n rumah serta penghuniny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, pemantauan pihak bomba di lokasi kejadian turut mendapati masih berlaku pergerakan tanah.

“Pemantauan pergerakan tanah masih aktif di kawasan tersebut menyebabka­n kita terpaksa mengarahka­n serta membantu penghuni rumah di situ untuk mengosongk­an rumah mereka,” katanya.

Difahamkan, jarak rumah-rumah tersebut dari tebing sungai adalah kirakira 11 meter.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut semalam.

 ??  ?? TERJEJAS: Keadaan rumah stor tersebut yang ditenggela­mi air. BERBAHAYA: Keadaan sebuah rumah yang hampir runtuh.
TERJEJAS: Keadaan rumah stor tersebut yang ditenggela­mi air. BERBAHAYA: Keadaan sebuah rumah yang hampir runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia