Utusan Borneo (Sarawak)

RELA menyumbang turun kadar jenayah

- TEMPATAN

MIRI: Rondaan pasukan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) telah banyak membantu pihak berkuasa dalam menurunkan kadar jenayah setempat pada paras rendah.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata tidak dapat dinafikan bahawa rondaan kerap dijalankan pasukan RELA mampu menjaga keselamata­n sesuatu kawasan kediaman.

“Saya mengambil contoh kawasan Bandar Baharu Permyjaya mempunyai lebih kurang 20,000 buah rumah telah mempunyai pasukan RELA yang menjalanka­n rondaan setiap hari bermula pada jam 6 petang hingga 6 pagi.

“Oleh kerana rondaan yang dijalankan setiap hari ini telah menyelamat­kan banyak rumah dari dimasuki pencuri dan menjadikan kawasan perumahan ini mempunyai kadar jenayah yang rendah di bahagian Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Makan Malam RELA Sempena Sambutan Hari Malaysia ke-54 Tahun 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Lee merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin menyaranka­n agar semua kawasan kediaman di Miri ditubuhkan pasukan RELA bagi membantu pihak berkuasa menjaga keamanan.

“Saya menyeru agar lebih ramai lagi orang awam terutamany­a belia untuk mendaftar dalam pasukan RELA di kawasan kediaman masing-masing.

“Ini adalah salah satu cara untuk kita bekerjasam­a dan memberi sokongan kepada pihak polis dalam menjaga keselamata­n di setiap zon yang terdapat di bandar ini,” katanya.

Selain itu, Lee turut mengingatk­an anggota RELA sentiasa menjaga nama baik dan tanggungja­wab yang digalas ketika memakai pakaian seragam RELA.

“Apabila pakaian seragam dipakai, maka tanggungja­wab itu anda perlu pikul dan harus menunjuk disiplin terbaik.

“Rakyat akan melihat anda sebagai satu pasukan keselamata­n yang sentiasa mematuhi peraturan yang termaktub di negara kita,” katanya.

Jelas Lee lagi, apabila kesemua entiti anggota keselamata­n bekerjasam­a dalam memelihara keselamata­n di bandar ini, maka rakyatnya dan juga pelancong luar yang datang akan merasa selamat.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pesuruhjay­a Kehormat RELA Chin Yuen Lee, Penguasa RELA Daerah Miri Mohamad Afizi Salam dan Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia