Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib kurnia Pingat Darjah Kebesaran Negeri

Tun Salahuddin mengetuai senarai penerima pingat yang diadakan sempena Hari Jadi Ke-81 TYT

-

KUCHING: Bekas Yang di- Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin mengetuai senarai 24 penerima Pingat DarjahDarj­ah Kebesaran Negeri yang disampaika­n oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena Ulang Tahun Ke-81 di Dewan Undangan Negeri, semalam.

Tun Salahuddin menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Satria Bintang Sarawak ( SBS) yang membawa gelaran Pehin Sri.

Manakala Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dikurniaka­n Darjah Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim mendahului penerima Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak ( PNBS) bersama Menteri Sumber Manusia Dato Sri Richard Riot Jaem dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sementara itu, lima menerima Darjah Panglima Gemi- lang Bintang Kenyalang ( PGBK) yang membawa gelaran Datuk ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian Datuk Abdul Ajis Abdul Majeed dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Istiadat diteruskan dengan pengurniaa­n Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu yang diketuai oleh Datu Safri Zainudin.

Turut menerima pingat yang sama, Datu Ir Zuraimi Sabki, Datu William Patrick Nyigor dan Datu Michael Dawi Alli.

Majlis tengah hari semalam diakhiri dengan pengurniaa­n Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang merekodkan penerima paling ramai iaitu seramai sepuluh orang.

Hadir sama pada istiadat pengurniaa­n tersebut isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan dif-dif kehormat lain.

 ??  ?? KURNIA: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah PNBS kepada Rohani.
KURNIA: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah PNBS kepada Rohani.
 ??  ?? DIIKTIRAF: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah PNBS Fatimah.
DIIKTIRAF: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah PNBS Fatimah.
 ??  ?? DAHULUI SENARAI: Tun Taib menyemat Darjah SBS kepada Tun Abang Salahuddin.
DAHULUI SENARAI: Tun Taib menyemat Darjah SBS kepada Tun Abang Salahuddin.
 ??  ?? DARJAH: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah PNBS kepada Riot.
DARJAH: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah PNBS kepada Riot.
 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah DP kepada Ketua Menteri Abang Johari.
TAHNIAH: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah DP kepada Ketua Menteri Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia