Utusan Borneo (Sarawak)

PPCS komited terus menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat

-

MIRI: Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak (PPCS) mahu terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang­kan kepada kesejahter­aan masyarakat di negeri ini.

Presidenny­a, Hii Teck Yun berkata amat penting bagi bagi persekutua­n terbabit mengikuti perkembang­an agenda Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Setakat ini, sejumlah 460 ahli dalam persekutua­n seluruh negeri yang didaftar. Selain menjaga kepentinga­n komuniti Cina, penting bagi persekutua­n sentiasa mengambil bahagian dalam agenda pembanguna­n di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media di pejabat persekutua­n di Taman Yakin di sini, Jumaat lalu.

Menurut Hii, beliau bersama rombongan yang disertai ahli-ahli persekutua­n Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri di Kuching pada Khamis lalu.

Katanya, lawatan itu bagi menyerahka­n memorandum dari persekutua­n terbabit kepada Abang Johari.

Antara isu dikentenga­hkan dalam memorandum berkenaan ialah mengenai infrastruk­tur, pendidikan, kesihatan awam, pelantikan pemimpin masyarakat Cina, pelanconga­n, perkhidmat­an Internet, ekonomi dan jenayah.

Bagi kawasan wilayah utara jelas Hii, pihaknya meminta kerajaan negeri untuk membina jalan yang menghubung- kan laluan jalan Miri ke Limbang, Lawas dan Sabah tanpa perlu melepasi sempadan Brunei.

Usaha berkenaan untuk menyelesai kerumitan tempat masuk imigresen memerlukan rakyat Malaysia atau pengunjung untuk memastikan pasport dicop di beberapa destinasi sebelum tiba di Limbang dan Lawas.

“Kita juga difaham bahawa kerajaan negeri dalam usaha untuk mencari laluan hilang di kawasan terbabit agar membolehka­n laluan terus sampai ke Limbang atau Lawas tanpa melalui Brunei.

“Kita amat mengharapk­an usaha berkenaan dan yakin lebih banyak pembanguna­n dapat dibangunka­n di Limbang dan Lawas serta kawasan sekitarnya jika projek terbabit dapat dilaksanak­an kelak,” jelasnya.

Pada masa sama ujar Hii, projek sedemikian akan dapat memacu lebih banyak aktiviti ekonomi di wilayah utara terbabit.

“Ada juga yang berpendapa­t bahawa projek jalan itu akan mendorong mereka yang tinggal di kawasan luar bandar untuk berhijrah ke kawasan bandar dan meninggalk­an tempat asal mereka begitu sahaja.

“Tetapi bagi saya, jika rakyat kita berfikir sebegini, ia tidak akan menjadikan Sarawak sebuah negeri maju pada 2030 kelak.

“Mereka harus melihat usaha tersebut akan dapat mempercepa­tkan lagi transforma­si landskap luar bandar dengan aktiviti pembanguna­n,” tambahnya.

 ??  ?? MEMORANDUM: Hii (tengah) bersama yang lain menunjukka­n memorandum yang diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam lawatan hormat persekutua­n pada Khamis lalu.
MEMORANDUM: Hii (tengah) bersama yang lain menunjukka­n memorandum yang diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam lawatan hormat persekutua­n pada Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia