Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Khalid terima pingat PSM dengan gelaran Tan Sri

-

KUCHING: Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA) Cawangan Sarawak Tan Sri Dato Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki menerima pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V, semalam.

Berlangsun­g di Istana Negara, Kuala Lumpur, beliau telah dianugerah­kan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Abang Khalid berkesempa­tan melahirkan penghargaa­n kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kerana mengesyork­an nama beliau sebagai salah seorang penerima pingat.

“Saya sangat terharu dan berasa amat bersyukur di atas anugerah dan penghargaa­n yang begitu bermakna pada diri saya ini.

“Justeru, saya ingin mengambil peluang mengucapka­n setinggi-tinggi terima kasih kepada ketua menteri atas kepercayaa­n dan rekomendas­i untuk saya mendapat anugerah P.S.M ini,” katanya ketika menghubung­i pemberita, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapka­n penghargaa­n terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pengesahan syor tersebut.

“Juga terima kasih saya ucapkan kepada Perdana Menteri (Najib) kita, kerana pengesahan terhadap syor ini,” jelasnya.

Selain Abang Khalid, turut menerima anugerah sama ialah Pengerusi Lembaga Getah Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Kumpulan Press Metal Berhad Tan Sri Datuk Paul Koon Poh Keong.

Abang Khalid merupakan antara 103 penerima keseluruha­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Perse- kutuan 2017 termasukla­h bagi Panglima Jasa Negara (P.J.N) membawa gelaran Datuk, Seri Setia Mahkota ( S. S. M) iaitu pingat tertinggi negara yang membawa gelaran Tun, Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri serta Panglima Setia Diraja (P.S.D) yang membawa gelaran Datuk.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta isteri Abang Khalid Datin Sri Lily Johari.

 ??  ?? TERIMA PINGAT: Abang Khalid merakam kenangan bersama isteri, Lily selepas menerima pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur, semalam.
TERIMA PINGAT: Abang Khalid merakam kenangan bersama isteri, Lily selepas menerima pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia