Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu lebih peka gangguan seks terhadap wanita

Masyarakat harus lapor perkara tidak senonoh, elak wanita terus menjadi mangsa keganasan seksual

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Wanita akan terus menjadi mangsa selagi dianggap sebagai objek seks dan pelaku akan terus mendera serta menguasai mereka, kata Pengerusi Pertubuhan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS), Margaret Bedus.

Justeru, beliau mahu masyarakat perlu lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkaitan sekiranya berlaku gangguan seks terhadap wanita termasuk kanak-kanak, golongan muda atau tua.

“Jangan teragak-agak untuk melaporkan perkara yang tidak senonoh berlaku, tidak kiralah orang berkenaan merupakan rakan kita atau bukan.

“Orang sekeliling (masyarakat) mesti peka, kalau tidak, kita (wanita) akan terus didera, dikuasai dan dianggap sebagai objek seks,” tegasnya.

Mengambil kira isu sumbang mahram sejak kebelakang­an ini, Margaret berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, kes rogol atau sumbang mahram ternyata membangkit­kan kemarahan terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Kita amat bersimpati kepada mangsa kerana diperlakuk­an seperti itu oleh keluarga sendiri. Masyarakat mesti memikirkan peranan masing-masing untuk membantu anak-anak atau belia dan melindungi mereka, bukan menganiaya darah daging sendiri,” katanya.

Menurut beliau, penganjura­n lebih banyak program kesedaran tentang keselamata­n diri dan gangguan seksual dilihat amat diperlukan.

Menjelaska­n perkara itu, Margaret berkata ia dapat membantu meningkatk­an kesedaran dalam kalangan msayarakat khususnya belia.

“Pada pendapat saya, pemimpin Dayak dan semua masyarakat sepatutnya ber- giat aktif dalam mengadakan program kesedaran tentang keselamata­n diri, gangguan dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

“Menerusi program ini, dapat memberi kesedaran dan apa-apa sokongan serta bantuan kepada mangsa sekiranya ini berlaku,” ujarnya.

Di peringkat SWWS, pihaknya telah melaksanak­an kempen kesedaran tentang jenayah rogol termasuk mengadakan program di sekolah rendah dan kawasan berdekatan.

Orang sekeliling (masyarakat) mesti peka, kalau tidak, kita (wanita) akan terus didera, dikuasai dan dianggap sebagai objek seks. Margaret Bedus Pengerusi SWWS

 ??  ?? MARGARET
MARGARET

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia