Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran pratonton KWJF di The Junk pada 11 September

-

KUCHING: Festival Jazz Waterfront Kuching (KWJF) akan menganjurk­an pameran pratonton pada 11 September ini pada jam 8.30 malam di The Wayang, The Junk Restaurant.

Didahului band tempatan UKBD Brothers Band dan Swaiv, pertunjuka­n pratonton percuma itu boleh dihadiri seramai mana penyokong muzik jazz tempatan di sini.

UKBD Brothers Band telah ditubuh sendiri Datuk Bandar Kuching Utara ( DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pada awal 2015.

Dengan kekuatan seramai 10 pemuzik termasuk beliau sendiri dan lima orang vokalis, kumpulan itu banyak menyanyika­n lagu malar hijau untuk persembaha­n di majlis-majlis rasmi.

Swaiv adalah sebuah band yang memberikan rasa santai dan tenang dipengaruh­i oleh bunyi santai bossanova, fusion pop jazz dan banyak lagi.

Di samping itu, penonton bertuah juga berpeluang memenangi lima tiket untuk ke Hari Pertama Konsert KWJF, hanya dengan menjawab beberapa soalan mudah!.

Acara pratonton itu merupakan pengenalan kepada Festival Jazz Kuching Waterfront yang pertama kali diadakan bermula 29 dan 30 Sep- tember ini di Hotel Grand Margherita di sini.

Perayaan muzik jazz dua hari itu bakal menampilka­n sejumlah 17 pemuzik dan band jazz yang diiktiraf dari seluruh rantau ini.

Antaranya ialah Sheila Majid (Malaysia), Ernie Watts ( USA), Jeremy Monteiro (Singapura), Kunto Aji (Indonesia) dan Shanghai Sisters (Malaysia).

Untuk pertanyaan dan tempahan di pameran pratonton, hubungi 016-8892044.

Maklumat lanjut mengenai KWJF boleh diperolehi dengan melayari www. kuchingwat­erfrontjaz­z.com, manakala untuk kemas kini terkini, lakukan carian Kuching Waterfront Jazz di Facebook dan Instagram.

 ??  ?? SAKSIKAN KAMI: UKBD Brothers Band yang bakal membuat pratonton.
SAKSIKAN KAMI: UKBD Brothers Band yang bakal membuat pratonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia