Utusan Borneo (Sarawak)

Graduan Bidayuh perlu rebut biasiswa kerajaan lanjut PhD

-

KUCHING: Graduan Bidayuh digesa merebut biasiswa disedia kerajaan bagi rakyat di negeri ini melanjutka­n pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Gesaan ini dibuat Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit juga Ahli Parlimen Puncak Borneo.

Menurut Dawos, pendidikan merupakan kunci kepada masa depan yang terjamin.

“Justeru, anak muda Bidayuh perlu ada keinginan mencapai tahap pendidikan tertinggi. Kejayaan tidak akan dicapai tanpa pengorbana­n.

“Menjadi harapan saya melihat lebih ramai Bidayuh terutama komuniti Pinyawa dalam Padawan berjaya dalam pendidikan sehingga ke peringkat PHD,” katanya.

Beliau berkata demikian pada jamuan malam amal ulang tahun ke-21 Persatuan Pinyawa Asar serta penyampaia­n anugerah insentif pendidikan berlangsun­g di Dewan Masyarakat Tapah dekat sini kelmarin.

Menyentuh mengenai persatuan tersebut, Dawos berkata program diadakan ini adalah penting dalam usaha memperkuku­hkan perhubunga­n dan persefaham­an antara ahli dari kampung berlainan.

Beliau turut menggesa ahli yang berjaya supaya menyumbang kembali kepada komuniti dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti persatuan.

Pada majlis itu, Dawos turut menyampaik­an insentif berjumlah RM9,900 kepada 48 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaa­n umum mereka.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Dawos (berdiri, depan lima kanan) memotong kek ulang tahun ke-21 Persatuan Pinyawa Asar bersama ahli jawatankua­sa persatuan yang lain.
RAIKAN BERSAMA: Dawos (berdiri, depan lima kanan) memotong kek ulang tahun ke-21 Persatuan Pinyawa Asar bersama ahli jawatankua­sa persatuan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia