Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kerjasama PH bukan kekangan PAS hadapi PRU14

-

KUCHING: Tidak menjadi halangan bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak melengkapk­an jentera parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti meskipun tiada kerjasama daripada Pakatan Harapan (PH) negeri.

Perkara itu ditegaskan oleh Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang memberitah­u pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU14 ini sama ada bersama PH atau tidak.

Malah, dedahnya lagi, pakatan pembangkan­g di negeri ini sememangny­a tidak pernah menjalinka­n kerjasama setiap kali pilihan raya umum mahupun pilihan raya negeri.

Menurutnya, setiap kali PRU dan negeri, pasti berlaku perbalahan pembahagia­n kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) antara PAS, Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tambahnya, disebabkan perkara itu, setiap kali pilihan raya umum atau negeri pasti ada pertembung­an tiga penjuru sesama pakatan sendiri.

“Walaupun PH Sarawak tidak mahu bekerjasam­a dengan PAS Sarawak, kita sudah lama membuat persiapan untuk menghadapi PRU14 seperti Pilihan Raya Negeri yang lalu kita terus bertanding tanpa ada kerjasama dengan PH.

“Jadi, kita akan terus berusaha semampu mungkin untuk meyakin rakyat bahawa PAS Sarawak pun boleh jadi suara atau wakil rakyat kalau terpilih,” kata Jofri ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama beliau memberitah­u PAS Sarawak tetap komited dengan usaha untuk membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

“Semoga rakyat Sarawak boleh memberi peluang untuk calon PAS menjadi wakil rakyat ke Parliamen kali ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia