Utusan Borneo (Sarawak)

SM Wong Nai Siong capai pelbagai kejayaan sejak lima dekad lalu

-

SIBU: Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong di sini mencapai pelbagai kejayaan serta menghadapi pelbagai cabaran sejak penubuhann­ya lima dekad lalu.

Pengetuany­a, Lu Yew Hiing berkata sekolah itu berjaya melahirkan ramai usahawan dan golongan profesiona­l banyak menyumbang kepada masyarakat hari ini.

“Ini adalah satu kebanggaan dan penghormat­an kepada sekolah. Hari ini, kita gembira melihat ramai bakat dilahirkan dari sekolah ini.

“Kita telah melatih dan melahirkan ramai pelajar sejak 50 tahun lalu,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke50 SM Wong Nai Siong di sini malam kelmarin.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah, Temenggung Datuk Vincent Lau dan ibunya, Datin Sri Wong Suk Ting serta yang lain.

Menurut Lu, sejak 50 tahun lalu sekolah ini menghadapi pelbagai cabaran dan masalah.

Namun, sekolah ini terus bertahan dan berjaya mengatasi setiap cabaran dan masalah itu dengan semangat ketekunan.

“Mengenang semula sejarah sekolah, kita menyaksika­n penekanan nenek moyang kita terhadap nilai pendidikan dalam memupuk generasi masa depan.

“Kita harus meningkatk­an visi untuk pendidikan ditubuhkan oleh nenek moyang kita dan sentiasa menguatkan kerjasama dengan sekolahsek­olah dari dalam dan luar meneruskan reformasi pendidikan, mempromosi­kan nama sekolah dan mengubahny­a menjadi sekolah model masa akan datang.

“Diharap bekas pelajar se- kolah dan masyarakat semua peringkat terus menyokong pembanguna­n sekolah supaya terus berkembang dan mencapai lebih banyak kejayaan 50 tahun akan datang,” jelasnya.

Lu juga berharap bekas pelajar dan komuniti Cina terus menyokong pembanguna­n sekolah secara aktif dan bersama membina taraf pendidikan sekolah ke tahap lebih tinggi.

“Kita percaya seiring dengan perjalanan masa, sekolah ini akan bertambah kukuh dan mempunyai masa depan cemerlang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia