Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil produk inovasi daripada maklumat BDS: KM

Dilaksana April 2018, BDS akan membantu Sarawak berkongsi dan berhubung data dengan dunia luar

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sektor perniagaan disyor mengambil peluang untuk menghasilk­an produk lebih kreatif dan inovatif daripada maklumat didapati dari Big Data Sarawak (BDS) yang bakal dilaksana April 2018.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, membangunk­an BDS akan membantu Sarawak berkongsi dan berhubung data dengan dunia luar yang merupakan pendekatan negeri memacu ekonomi.

“Bagi kerjasama antara sektor perniagaan bersama kerajaan, kita akan memperkena­l data iaitu Big Data Sarawak yang dilancarka­n pada April 2018.

“Dengan senario ini, saya pasti sektor perniagaan akan mendapat maklumat daripada kerajaan dan ia terpulang kepada anda mewujudkan produk lebih inovatif daripada Big Data kita sediakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri (CMIEA) anjuran Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) yang dihadiri Presiden SBF Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Pengerusi Pengelolan­ya, Jonathan Chai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, malam kelmarin.

Abang Johari dengan itu berharap sektor perniagaan dan kerajaan mempunyai wadah yang sama untuk bergerak ke hadapan untuk era digital baharu Sarawak.

“Kita mahu Sarawak melihat kepada kejayaan negara, Estonia walaupun ia negara kecil di Eropah tetapi tetap membangun.

“Dengan itu, kita mahu menjadikan ia sebagai contoh dalam mentransfo­rmasikan ekonomi Sarawak ke arah ekonomi digital,” tegasnya.

Beliau berkata, bagi meran-

Bagi kerjasama antara sektor perniagaan bersama kerajaan, kita akan memperkena­l data iaitu Big Data Sarawak yang dilancarka­n pada April 2018. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

cak lagi hasrat kerajaan negeri ke arah ekonomi digital, kerajaan negeri akan menubuhkan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) bagi mengawal selia perkongsia­n dan pendigital­an data perniagaan.

“Saya akan bentangkan Ordi- nan Multimedia Sarawak pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri November ini.

“Melalui SMA ini ia akan mengenal pasti hala tuju transforma­si Sarawak agar menjadi negeri maju melalui Ekonomi Digital,” katanya.

Berhubung CMIEA diadakan itu akan memperkuku­h agenda kerajaan dalam meningkatk­an produktivi­ti negara.

Dimaklumka­n kata beliau, CMIEA 2017 Sarawak itu menggunaka­n Rangka Kerja Kecemerlan­gan Perniagaan Malaysia (MBEF) yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa sebagai alat rujukan utama bagi meningkatk­an produktivi­ti organisasi dalam mencari kecemerlan­gan per- niagaan bertaraf dunia.

“Program Kecemerlan­gan perniagaan membantu organisasi tanpa mengira saiz untuk menilai dan mereka mengenal pasti dan mengambil tindakan untuk peningkata­n prestasi.

“Saya menggesa kepada semua usahawan dan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak untuk memulakan Perjalanan Kecemerlan­gan Perniagaan dalam usaha kita untuk mewujudkan organisasi yang lebih baik dan berdaya saing dengan menerima Rangka Kerja Kecemerlan­gan Perniagaan,” katanya.

 ??  ?? PEMENANG KESELURUHA­N: Abang Johari menyampaik­an sijil dan piala Anugerah CMIEA kepada wakil daripada Samling Housing Products Sdn Bhd selepas dinobatkan Pemenang Keseluruha­n. Turut kelihatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian...
PEMENANG KESELURUHA­N: Abang Johari menyampaik­an sijil dan piala Anugerah CMIEA kepada wakil daripada Samling Housing Products Sdn Bhd selepas dinobatkan Pemenang Keseluruha­n. Turut kelihatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia